!-- THIS SKIN PROTECTED BY WAWA ! --!>
Hello ! you're strumble upon ilhamku . Please mind your manners . Thanks
//naryz ilhamku// ♥
ilhamku
Anakku....
Sunday, November 7, 2010 | 0 narnians


Ana sekarang dalam proses menurunkan berat badan....PERJUANGAN MENGHAPUSKAN LEMAK!!!!!Alhamdulillah...dengan program diet atkins yang ana cuba..berjaya menurunkan berat badan ana..Dalam masa 3 bulan ana dapat turunkan sebanyak 10kilo.Gembiraaaa...Tapi tiap- tiap pagi suami tersayang ana temankan ana kat taman rekreasi..ana buat senaman..(guna alat senaman free je kat taman tu).Hmmmm...sekarang anapuas hati.

Lama dah ana  tak salurkan tatapan ilmiah buat pembaca.Cuma ada sedikit ni...assiment ana.Ulasan dari jurnal ilmiah.

TAJUK JURNAL: PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERASASKAN WEB
ULASAN JURNAL

            Bahasa Arab merupakan salah satu matapelajaran yang disediakan baik disekolah rendah mahupun sekolah menengah,oleh Kementerian pelajaran dinegara kita sejak ditubuhkan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) pada tahun 1988.Namun perkembangan matapelajaran ini seolah-olah terpinggir berbanding bahasa melayu dan bahasa inggeris.Jurnal dari hasil kajian Rahimi bin Md saad,Zawawi bin Ismail dari Universiti Malaya dan Wan Nordin bin Wan Abdullah dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia,telah merungkai permasalahan ini.Mereka mencari punca dan pembaikpulih dari permasalahan penguasaan bahasa arab dikalangan pelajar di malaysia.Jurnal ini cuba mengaitkan keberkesanan penggunaan teknologi semasa berasaskan web dengan masalah ini.
            Teori pembelajaran berasaskan laman web menurut jurnal ini ialah pembelajaran secara elektronik atau lebih dikenali sebagai E-pembelajaran.Suasa pembelajaran akan lebih menarik lebih-lebih lagi bila digabungkan pelbagai format meliputi teks,audio,grafik,animasi dan penggunaan video.Teori Dick dan Carey(Rapidah 2002),mencungkil penguasaan laman web didalam aktiviti pembelajaran disertai 3 strategi yang sistematik.Empat Model pedagogi yang diperkenalkan oleh burner pula bersesuaian dengan penggunaan ICT sebagai bahan pembelajaran.Maka teori-teori ini membantu keberkesanan pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab.
            Jurnal ini juga merangka objektif atau kepentingan pembelajaran bahasa Arab melalui laman web.Antara kepetingannya ialah pembelajaran berasaskan ICT akan memberian keberkesanan maksimum dalam proses pengajaran dan pembelajaran.Kon pengalaman yang dihasilkan oleh Dale(1946) memperjelaskan kesan media yang berbeza dalam proses pengajaran dan pembelajaran dapat mengubah kefahaman pelajar daripada susah kepada mudah.Namun segala teori dihasilkan sukar untuk direalisasikan berikutan penyediaan program pengajaran Bahasa Arab melalui internet amat sedikit.Lalu program pembelajaran berasaskan elektronik adalah salah satu usaha yang membantu memudahkan mereka yang mempelajari bahasa Alquran ini.Perisian yang disediakan memberikan pengajaran yang lebih fleksibel dikalangan pelajar.Ianya boleh digunakan dimana-mana sahaja dan pada bila-bila masa sekalipun.Contohnya di Indonesia iaitu di  Akademik Arab telah menyajikan tempat pertemuan bagi pelajar dan guru memanfaatkan teknologi ,dengan memasuki laman-laman kursus diruang kelas mereka melalui internet.Perbincangan secara interaktif secara online dengan kawalan monitering yang sistematik.Disamping pelajar dapat mengumpul dan menterjemah bahan pembelajaran bahasa Arab.
            Objektif kedua menurut jurnal ini,pembelajaran berasaskan web dapat memberikan pembelajaran yang maksima dalam jangka waktu yang singkat dan kos yang minima.Menurut E-belajar(2002),Faktor ketidakhadiran pelajar bukan lagi merupakan gangguan iklim pembelajaran kerana pembelajaran boleh diadakan dimana sahaja asalkan adanya capaian internet.Sebagai contoh Penggunaan Kurikulum Bahasa Arab interaktif yang berasaskan pedagogii yang sistematik telah digunakan di Akademik Arab di Indonesia.Akademik ini berasaskan sistem bestari yang dikendalikan sepenuhnya memalui online.Sistem yang digunakan mampu mengukur tempoh waktu yang digunakan oleh pelajar dalam menjalankan aktiviti-aktiviti yang disediakan.
            Objektif yang ketiga dari hasil kajian ini ,pengajaran berasaskan web mampu mensejagatkan sumber pengajaran dan pembelajaran.Sistem pembelajaran tanpa sempadan ini membolehkan para pelajar menikmati bahan-bahan yang dihasilkan terus dari negara Arab.Sumber pengajaran dan pembelajaran disalurkan menerusi talian berasaskan web dan internet dari seluruh negara didunia.Melalui kaedah ini pelajar tidak lagi bergantung dengan bahan yang disediakan oleh guru semata-mata.Penterjemah secara langsung yang disediakan dimana-mana laman web,memberikan lebih penguasaan Bahasa Arab kepada pelajar.
            Selain itu,pengajaran berasaskan web dapat mengurangkan bebanan dan menjimatkan masa guru dalam penyediaan bahan bantu mengajar.Penggunaan internat dapat membantu guru-guru menyediakan bahan pengajaran yang lebih pelbagai.Melalui pembelajaran interaktif guru dapat menyampaikan pelbagai konsep dan latihan.Masa untuk mencatat latihan dan gambarajah dipapan hitam dapat dikurangkan dengan menggunakan gerakan animasi terus melalui komputer.Melalui E-pembelajaran kelas boleh diulang dengan lebih mudah berbanding pembelajaran secara tradisional.
            Dan objektif kelima dari kajian pembelajaran berasaskan web membantu menyelesaikan penyampaian konsep yang abstrak secara lebih baik.Menurut Norhayati(1998),pelajar-pelajar menghadapi kesukaran menguasai tatabahasa Bahasa Arab.Ia juga berpendapat penggunaan laman web memungkinkan penyampaian konsep yang abstrak secara lebih baik.Merujuk kepada jurnal yang bertajuk E-pembelajaran:evolusi internet dalampembelajaran sepanjag hayat,kajian oleh Zahiah bt Kassim dan Abdul Razaq bin Ahmad,Universiti Kebangsaan Malaysia,menyatakan aspek sosioemosi dapat diatasi.Melalui pembelajaran secara onlne terutama secara asinkroni,bukan sahaja mengubah peranan guru,tetapi sangat berfaedah kepada golongan pelajar yang pendiam dan pemalu untuk memberi pendapat mereka disuasana pengajaran tradisional,sebaliknya mereka boleh turut serta secara aktif dalam forum perbincangan maya,terutama didalam forum e-kumpulan berbentuk asinkroni.
            Dan objektif yang terakhir dikemukakan didalam jurnal ini,pengajaran berasaskan web mampu menyediakan bahan bantu mengajar yang relevan dengan teknologi hari ini.pengajaran disampaikan melalui multimedia teknologi,animasi,gambar statik,suara,muzik,teks dan filem dapat dapat disampaikan secara serentak bagi membantu kefahaman pelajar.Tugas guru menyediakan bahan semakin mudah berikutan teknologi hari ini yang mampu melimpahkan maklumat secara terbuka dan berleluasa.Dari kajian jurnal ini,menurut Norhayati(1998) lagi, penggunaan bahan bantu mengajar yang kena pada tempatnya berjaya menarik minat pelajar dan mendapat respon yang baik.Pelajar juga lebih aktif lalu lahirlah konsep murid membuat dan guru membimbing.
            Jurnal ini juga mencungkil beberapa masalah dan cabaran penggunaan web didalam pembelajaran.Antaranya ialah insfrastruktur yag terbatas,bagi melaksanakan penggunaan teknologi didalam pembelajaran.Pelbagai peralatan seperti komputer,talian internet,telefon mudah alih dan televisyen adalah aset utama misi ini dicapai.Kekurangan peralatan ini menyebabkan pembelajaran berasaskan web tidak dapat dipenuhi secara menyeluruh.Tidak semua kawasan di Malaysia yang mendapat talian internet.Contohnya diTerengganu hanya 40% sahaja sekolah yang mempunyai perkhidmatan internet.Malah pembelajaran berasaskan teknologi ini memaksa guru dan pelajar mempelajari terlebih dahulu ilmu teknologi dan penggunaannya.Dari kajian oleh Encik Ahmad bin Isa dari Sekoah Menengah Pasir Gudang (1) Johor Bahru,bertajuk perancangan pengurusan kakitangan profesional pemangkin kejayaan program akademik,menyebutkan kemudahan insfrastruktur memberi kesan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.Sukar seseorang guru yang cekap dan mahir menggunakan komputer sekiranya komputer tidak dibekalkan ke sekolah.
            Cabaran yang kedua ialah kandungan perisian itu sendiri.Tidak dikatakan berkesan sekiranya isi kandunagn perisian yang disediakan hanyalah digarap dari isi kandungan buku teks semata-mata.Kekangan demi kekangan berlaku apabila guru-guru tidak dapat menyediakan bahan pengajaran yang lebih pantas dan bermutu tinggi.Usaha ini juga terpaksa menghadapi ketidaksesuaian sukatan yang sering berubah.
            Pada konklusinya,jurnal ini menyimpulkan implementasi konsep E-pembelajaran dimalaysia masih berada pada tahap awal.Cabaran demi cabaran perlu dihadapi dan pelbagai pihak perlu memainkan peranan bagi merealisasikan tujuan ini.Konsep penggunaan Bahasa Arab masih begitu baru di negara kita.Diharapkan banyak lagi kursus bahasa Arab dapat diadakan secara online.Untuk melahirkan guru yang celik teknologi,pihak berwajib perlu membudayakan program  dan latihan ict.Para sarjana juga digalakan untuk menghasilkan teknologi,bukan setakat pengguna teknologi.Usaha MIMOS menyediakan teknologi wajar dikembangkan.Usaha ini mampu dimanfaatkan oleh para pendidik.semua pihak wajar meggembeling tenaga bagi mencapai matlamat memartabatkan bahasa Alquran menjadi kenyataan.

Bibliografi

Ahmad bin Md.Isa.Sekolah Menengah Kebangsaan Pasir Gudang (1).Perancangan pengurusan kakitangan profesional pemangkin kejayaan program akademik.

Jurnal teknologi, 37(E) Dis.2002 47-56,Universiti Teknologi Malaysia.Perancangan pendidikan untuk pembangunan sumber manusia dalam era globalisasi dan K-ekonomi.

Zahiah binti Kassim, Abdul Razaq bin Ahmad,Universiti Kebangsaan Malaysia.E-pembelajaran : Evolusi internet dalam pembelajaran sepanjang hayat.

Anakku...dia dipilih sebagai wakil pertandingan musabaqah bagi tadika perpaduan pontian jaya,Pontian.dia suka dan sangat berminat.aku katakan padanya....kalau kima jadi macam makkecik-kecik dulau,tentu kima boleh dapat nombor satu....dia tanya kepadaku....macam mana kima nak jadi macam mak?aku jawab....mesti latih sungguh-sungguh...suara mesti kuat.
Pada hari pertandingan,aku bersama suamiku,menghantarnya kepertandingan tersebut.suamiku benar2 berbangga ketika anakku dapat membacakan dengan baik.suamiku belikan aiskrim untuknya.dia berkata kepadaku...abah belikan aiskrim untuk kima,walaupun abah lumtau kima menangke mak?aku jawab....ya.sebab kima baca bagus.
Pengumuman pertandingan jatuh tempat pertama kepadanya.dia suka sekali.Aku sungguh bangga dengan usahanya itu.aku pasti inilah memori yang indah bakal terpahat dalam hidupnya.Anakku semoga kau berjaya ..dunia dan akhirat....amin.


Rakan-rakanku....

Terima kasih teman,
kau kembalikan semula semangatku,
diwaktu aku kesedihan dan terpinggir,
kau hadir menghulurkan tangganmu tanpa banyak bicara,
Aku bersyukur ..Ya Allah!akan ku jaga persahabatan ini..
sebaiknya...ya Allah!kau kekalkan kemesraan hati-hati kami ini,
jauhkanlah penodaan...yang bakal meragut kemesraan ini.



★ OLDER POST | NEWER POST

oo