!-- THIS SKIN PROTECTED BY WAWA ! --!>
Hello ! you're strumble upon ilhamku . Please mind your manners . Thanks
//naryz ilhamku// ♥
ilhamku
rumusan buku " biografi Muhammad bin Abdullah ,perjalanan hidup seorang nabi"
Monday, June 8, 2009 | 0 narnians




Penghargaan

Pertama kali syukur kehadrat illahi, kerana dengan limpah kurnianya dapat saya menghasilkan rumusan buku bertajik”biografi Muhammad bin Abdullah perjalanan hidup seorang nabi”.

Terima kasih tidak terhingga kepada ustaz Aminuddin bin Hensan kerana dengan bimbingannya ini menjadi titik tolak kepada saya untuk mendalami buku ilmiah.

Saya juga memohon kemaafan sekiranya , terdapat kekurangan didalam rumusan saya ini.


Sekian,

Terima kasih…



Buku - Biografi Muhammad bin Abdullah (S.A.W)


Tajuk: Biografi Muhammad bin Abdullah(Edisi Kemaskini)Pengarang:1. Prof Dr Zulkifli Mohd Yusoff2. PM Dr Noor Naemah Abd. RahmanMukasurat: 496 mukasurat



Buku ini adalah sebuah catatan biografi perjalanan kehidupan serat pengalaman suka duka perjuangan Rasulullah S.A.W. Bermula dari peristiwa Nabi Ibrahim A.S. diperintahkan supaya meninggalkan isterinya Siti Hajar di tengah padang pasir, peristiwa pembinaan Kaabah, sejarah perkembangan Kota Mekah, memberikan gambaran jelas asal keturunan Nabi Muhammad s.a.w .
Selain itu di masukan juga peristiwa kelahiran Nabi Muhammad S.A.W., pengutusan Muhammad sebagai Nabi dan Rasul, pengembangan Islam, penubuhan kerajaan Islam Madinah, pembukaan Kota Mekah, pengembangan dan usaha da'wah Rasulullah sebagai pemimpin kerajaan Islam, hinggalah saat-saat sewaktu kewafatan Rasulullah S.A.W.
Kebanyakan didalam buku ini banyak memaparkan kisah-kisah disebalik tabir peperangan yang tidak disentukh oleh mana-mana buku sebelum ini.Ada peristiwa melucukan sehingga membuatkan saya tertawa dan ada juga peristiwa menyedihkan yang menhibakan.Namun kurang disentuh penceritaan pembelahan dada rrasulullah semasa dalam penjagaan Halimtus Saadiah.Mungkin kerana pengarang merasakan episode ini ada beberapa percanggahan maklumat seperti mana buku sirah yang lain.secara keseluruhannya, saya berasa sangat bertuah dapat membacanya. Buku ini memberi sentuhan mendalam terutama apabila terbaca tentang penyeksaan oleh kaum Musyrikin Quraisy, terbayang di mata saya betapa peritnya derita yang terpaksa ditanggung oleh golongan yang paling awal memeluk Islam ketika itu. Buku ini juga berjaya mendatangkan rasa gembira sepertimana gembiranya Nabi dan para Sahabat ketika saat-saat Saidina Umar memeluk Islam. Malah semangat juga turut rasa berkobar ketika membaca tentang perjuangan Nabi dan para Sahabat (r.a.) sewaktu era peperangan menentang golongan Musyrikin Quraisy dan sekutunya yang memusuhi Islam.



Dari sudut gaya penulisan, saya mengucapkan tahniah kepada pengarang kerana kejayaannya mengolah buku dengan baik.Gaya penulisan dalam bahasa Melayu yang mudah difahami, olahan yang menarik, selain perjalanan cerita yang mudah diikuti menjadikan buku ini sesuai dibaca dan dihayati oleh pelbagai peringkat umur.
Walaubagaimanapun buku ini masih terdapat kelemahannya. Diperhatikan sahaja kepada kulit luarannya sudah menampakkan kekurangannya. Oleh kerana buku ini ditulis dalam bentuk yang agak santai, maka terdapat banyak elemen yang penting (mungkin sengaja) ditinggalkan misalnya teks 'S.A.W.' yang biasa ditulis setiap kali menulis nama Nabi Muhammad..Lihat sahaja pada tajuk yang diberikan “ biografi Muhammad bin Abdullah” . Tidak diletakan disitu sebutan “Nabi” Muhammad s.a.w . bagi golongan cerdik pandai pasti tanpa perkataan NABI mereka sudah memahami maksunya.tetapi besar kemungkinan bagi kanak-kanak atau remaja yang hanya membelek kulit buku ini secara luaran sahaja, pastinya tidak terbayang di mindanya ini adalah buku tentang Nabi Muhammad s.a.w.
Pengarang ada menggunakan perkataan ‘’mengiklan’’,secara peribadi saya tidak menganggap perkataan ini sesuai dengan buku sirah terutamanya.Ia seolah-olah menggambarkan sebagai satu barang dagangan.Mungkin pengarang boleh menukar perkataan lain yang lebih sesuai.
Keduanya , Kebanyakan peristiwa-peristiwa bersumberkan hadis tidak dinyatakan rujukannya dengan lengkap, melainkan tentang peristiwa yang tercatat di dalam Al-Quran (disertakan nama surah dan nombor ayat). Pengarang juga tidak meletakkan nota kaki untuk sumber penghasilan fakta.




Ketiganya pengarang gagal memberikan sumber rujukan(biografi) penghasilan fakta. Sudah tentu penghasilan buku ini merujuk kepada buku-buku rujukan yang lain.Dan diharap apabila menghasilkan edisi seterusnya pengarang dapat memberikan sumber rujukan.Walaupun kandungan buku ini cuba disusun berdasarkan urutan masa, dengan ini amat memudahkan bagi para pengkaji sirah Rasulullah mencari fakta yang jelas. Apengarang berusaha memberikan kemudahan kepada pembaca terutama bagi menghasilkan kajian dengan meletakan ruangan indek di halaman belakang buku ini.
Terima kasih juga kepada pihak pengarang kerana menyediakan ruangan glosari, dimana ruangan ini banyak membantu saya mengetahui maksud sesuatu perkataan yang belum mesra dalam kehidupan saya contohnya “ ahli syajarah” merujuk kepada
“sahabat-sahabat nabi yang bersama-sama dalam perjanjian hudaibiah di bawah pokok samurah”.
Dan yang lebih menarik lagi pengarang telah memaparkan biodata penulis bagi merapatkan lagi pembaca kepada penulis dari aspek kebolehpercayaan fakta.
Sebagai penutup, semoga buku ini dapat dijadikan panduan sirah Nabi Muhammad S.A.W. Selamat membaca, dan semoga akan bertambahlah iman dan taqwa kita pada Allah S.W.T., serta kasih kita pada Nabi Muhammad S.A.W. yang tercinta.

ulasan buku ini tidak diedit.maaf diatas segala kesilapan
★ OLDER POST | NEWER POST

oo