!-- THIS SKIN PROTECTED BY WAWA ! --!>
Hello ! you're strumble upon ilhamku . Please mind your manners . Thanks
//naryz ilhamku// ♥
ilhamku
Saturday, April 25, 2009 | 0 narnians


TEORI MODEL DAN JENIS INGATAN

 

PENGENALAN

 

Otak dan minda merupakan anugerah Tuhan yang paling besar dan menakjubkan kepada

manusia. Tiada sesiapa pun boleh menafikan peranan otak dan minda apatah lagi sekiranyaminda dapat diperteguhkan dengan ingatan yang kuat dan segala maklumat yang tersimpan dapatdimanfaatkan ketika diperlukan. Ini menunjukkan betapa pentingnya kemahiran mengekalkandaya ingatan dipelajari supaya dapat diamalkan di peringkat mana sekalipun.

 

Otak manusia adalah sangat unik:

the sleeping giant, the biological

supercomputer, the greatest unexplored

territory in the world’ dsb.

 

 

• Surah Ali-Imran ayat 190-191 –(menerangkan golongan yang mempunyai pemikiran yang bersih lagi sempurna sehingga mampu memahami

hakikat sesuatu perkara secara yg betul)

 

• Imam Al-Ghazali: Akal ialah kekuatan pemikiran semula jadi yg dikurniakan Allah kpd manusia agar dengannya manusia dapat mengenali

hakikat sesuatu perkara.a

 

 

 

 

 

 

 

 

DEFINISI  ingatan

 

 

Ingatan merupakan proses mental yang menyimpan perkara-perkara yang dipelajari dan kemudian mengeluarkannya kembali selepas tindakbalas dalam situasi yang diperlukan,seperti menyelesaikan masalah atau aktiviti pengajaran dan pembelajaran selanjutnya.

 

Mengikut atan long(1968),ingatan boleh diertikan sebagai kebolehan seseorang dalam penerimaan dan rangsangan sebagai maklumat dan pengalaman untuk disimpan dalam otaknya.[1]

 

Fein(1978) mentafsirkan ingatan sebagai pemprosesan maklumat yang diterima dalam otaknya,manyimpan dan mengeluarkannya.[2]

Vermon (1980) berpendapat ingatan merupakan bentuk menyimpan maklumat –maklumat yang bermakna untuk menjadi pengalaman pada masa akan datang.[3]

 

Berdasarkan huraian dan pengertian diatas maka dirumuskan bahawa ingatan merupakan proses kebolehan manusia untuk menerima maklumat,memproses dan menyimpannya dalam otak,kemudian mengeluarkannya ketika diperlukan.

 

Bermula dengan teori perkembangan kognitif Piaget (1926 dalam Good & Brophy, 1990) teori ini menerangkan bahawa skema (the internal knowledge structure) berkembang apabila kanak-kanak berinteraksi dengan persekitarannya dan skema itu sentiasa berkembang dan berubah kerana menyerap dan menyimpan maklumat baru. Gagne (1985) pula menerangkan terdapat tiga peringkat pemprosesan maklumat, iaitu daftar deria (sensory register) dalam ingatan aktif (working memory, WM), ingatan jangka pendek (short-term memory, STM) dan ingatan jangka panjang (long-term memory, LTM). Maklumat baru yang dipelajari akan didaftarkan dalam WM dan jika diperlukan buat sementara waktu, ia akan disimpan dalam STM. Selepas digunakan beberapa kali, maklumat ini menjadi kekal dan disimpan dalam LTM untuk tempoh masa yang lama. Apabila maklumat ini perlu diingat kembali, ia akan diaktifkan semula dan dibawa ke WM untuk digunakan.

Menurut Gagne, maklumat dalam minda sentiasa diproses dan diadaptasikan apabila maklumat baru diterima dan proses ini dinamakan proses pembelajaran. Ausubel (1978) menyokong teori pembelajaran ini melalui kajiannya yang mendapati bahawa jika pembelajaran itu memberi kesan kepada pelajar, maka ia akan lebih mudah dipelajari, diingat dan dihubungkaitkan dengan skema sedia ada, serta lebih kekal dalam ingatan. Bidang kajian ini dinamakan Sains Kognitif.

 

 

TEORI MODEL INGATAN

 

1.TEORI MODEL PEMPROSESAN MAKLUMAT (teori pembelajaran gagne)

 

Pemprosesan maklumat bermaksud aktiviti mental manusia yang berkaitan dengan menerima maklumat, menyimpan dan mengeluarkannya semula untuk digunakan (Woolfolk, 1998)[4]. Model memproses maklumat sama seperti model computer.

 

Robert m gagne menghubungkaitkan proses pembelajaran dengan proses ingatan.didalam bukunya essential of learning for instruction (1975) mengemukakan satu teori mengenai bagaimana manusia memperolehi maklumat dalam suatu proses pembelajaran.

 

Mengikut teorinya,rangsangan-rangsangan dari persekitaran luar,akan diterima dalam system saraf melalui deria-deria manusia.maklumat itu akan ditafsirkan dalam stor ingatan ini,kemudian dihantar kestor ingatan jangka panjang dan kepada penggerak tindakbalas melalui system saraf.


Menurut M Gagne Didalam stor ingatan jangka pendek,maklumat yang diterima akan dikodkan secara bermakna dalam kerangka yang lebih mudah diingati iaitu dalam bentuk gambar mental atau symbol bahasa ringkas berdasarkan jenis maklumat yang diterima.

 

Maklumat dalam ingatan jangka panjang pula adalah penting bagi manusia untuk mengaitkannya dengan pengalaman-pengalaman baru,demi memudahkan proses pembelajaran baru berlaku

Mengikut M.gagne pengalaman-pengalaman yang disimpan dalam stor ingatan jangka panjang adalah penting bagi manusia untuk mengaitkannya dengan pengalaman-pengalaman baru,demi memudahkan peruses pembelajaran baru berlaku.berdasarkan kepada teorinya ,Gagne kemudian mengenal pasti lapan proses pembelajaran.iaitu fasa motivasi,fasa kefahaman,fasa penyimpanan,fasa penahanan,fasa ingatan kembali,fasa generalisasi,fasa prestasi,dan fasa maklumbalas.

Daripada model teori proses pembelajaran gagne dikaitkan disini dengan proses ingatan ialah dari fasa ketiga hingga  fasa kelima proses pembelajarannya [6] iaitudari  fasa penyimpanan hingga fasa mrngingat kembali.

FASA PENYIMPANAN(KOD SIMPANAN AWAL)

 

Berlaku apabila seseorang telah berjaya memilih rangsangan yang sesuai dan dapat mengaplikasikannya dengan tepat , maka rangsangan itu akan dibawa kestor ingatan jangka pendek.disitu rangsangan akan dikod dengan suatu cara yang ringkas,dan tersendiri,seperti merekodkan isi penting dalam bentuk yang mudah disimpan.

FASA PENAHANAN(STOR INGATAN)

 

Selepas rangsangan dipilih dikodkan dalam stor ingatan jangka pendek,sebahagian atau keseluruhannya akan disalurkan dan disimpan dalam stor ingatan jangka panjang.kod-kod yang disimpan dalam ingatan jangka panjang akan ditransformasikan dan disusun semula dengan satu system yang lebih kekal dalam ingatan dan lebih mudah dikeluarkan.fasa ini dinamakan fasa penahanan , iaitu menyimpan maklumat, peristiwa atau pengalaman yang diperolehi dengan cara yang sistematik.

 

FASA MENGINGAT KEMBALI

 

Fasa mengingat kembali merupakan tindakan mencari maklumat atau pengalaman yang telah disimpan dalam stor ingatan jangka panjang. Tindakan ini biasanya digerakkan oleh rangsangan luaran ataupun melalui motif dalaman.Isyarat-isyarat dari rangsangan luaran atau motif dalaman atau pengalaman yang diperolehi untuk menghasilkan tindakbalas yang sempadan dengan isyarat rangsangan yang dihadapinya.misalnya seorang murid berusaha mengingat kembali apa yang telah dipelajarinya untuk menjawab soalan guru.sejauhmana kecepatan dan ketepatan maklumat yang disimpan dalam stor ingatan jangka panjang supaya dapat diingat kembali bergantung kepada system penyimpanannya.biasanya maklumat yang disusun secara sistematik dan tepat boleh diingat kembali dengan lebih cepat dan lebih mudah.

 

Maka setelah kita lihat teori pembelajaran Gagne ,ia telah menghubungkaitka proses pembelajaran dengan proses ingatan.

mengikut  teorinya ,rangsangan-rangsangan persekitaran luar akan diterima dalam system saraf melalui deria-deria manusia.maklumat itu seterusnya ditafsirkan dalam stor ingatan ,kemudian dihantar kepada stor ingatan jangka panjang dan kepada penggerak tindakbalas melalui system saraf.

 

TEORI PEMPROSESAN MAKLUMAT M GAGNE

 

Dalam bukunya essentials of learning for instruction (1975),Robert M Gagne mengemukakan satu teori mengenai bagaimana manusia memperolehi maklumat dalam satu pembelajaran.dalam gambaraja diatas menggambarkan teorinya.dan disingkap teorinya seperti mana dibawah.

 

i) rakaman deria (sensory memory),

 

-rakaman deria merupakan ingatan jangka pendek yang wujud pada deria manusia. Masa simpanan maklumat ialah antara 1 hingga 3 saat. Jika maklumat ini  tidak diproses, iaakan hilang serta merta.menurut teori gagni maklumat diterima melalui perakam deria visual,perakam deria hiduan,perakam deria rasa dan perakam deria sentuhan.sperling(1960) dalam kajian memutuskan bahawa tempoh (duration) perakam deria ialah ¼ hingga 1 saat.contoh apabila kita melihat flash,kamera kita mengambil gambar,imej kekal sekejap.namun kapasiti perakam deria adalah besar dan tidak terhad.

 

-pemindahan ke ingatan jangka pendek berlaku apabila kita memberi perhatian kepada bahagian maklumat yang disalurkan ke ingatan jangka pendekmelalui tumpuan terpilih.maklumat yang pada asalnya tidak bermakna dikenal pasti berdasarkan pola-pola yang sedia ada dan dipindah ke ingatan jangka pendek.

 

ii)ingatan jangka pendek atau ingatan kerja (short-term/working memory)

 

(b)Ingatan Jangka Pendek(stor term memory)

- stor memori ini juga dikenali sebagai ingatan kerja(working memory).tempoh ingatan jangka pendek ialah 10-20 saat jika butir maklumat tidak diulang.

 

-contoh:kawan kamu memberikan nombor telefon dan mencari kertas untuk menulisnya kamu mengulang nombor itu supaya tidak lupa.proses ini dipanggil ulangan berkekalan.(maintenance rehearsal).jika kamu tidak ulang mombor itu,ia akan hilang dalam masa 10-20 saat

iii) ingatan jangka panjang (long-term memory).

 

Ahli psikilogi menyifatkan sisatan dalam ingatan jangka panjang memerlukan kajian dienkod,disimpan,diingat kembali dan lupa .

Ahli psikilogi seperti frued mancadangkan bahawa segala pengalaman kita sejak lahir disimpan dalam ingatan jangka panjang.ia jelas sekali apabila kita masih boleh mengingat apa yang berlaku pada hari pertama sekolah.ini bermakna maklumat tidak hilang tetapi sukar diingat kembali.

 

Maklumat yang disimpan atau mewakili ingatan jangka panjang boleh merupakan pengalaman beberapa minit yang lalu,atau pengalaman berpuluh tahun yang lampau.

Ingatan jangka panjang mempunyai kapasiti besar. Ia menyimpan maklumat lebih lama,iaitu lebih daripada beberapa minit hingga ke beberapa tahun.

 

 

 Ingatan jangka panjang,dari segi kandungan boleh dibahagikan kepada 3:

i)                    ingatan episodic

ii)                  ingatan semantik

iii)                ingatan prosedural:

 

Ingatan episodik

Ingatan episodic adalah ingatan tentang peristiwa yang dialami seseorang sepanjanghayatnya, lengkap dengan masa dan tempat. Contohnya, mengingat peristiwa “jatuhbasikal”.

 

Ingatan semantik

Ingatan semantik adalah ingatan tentang “makna”, iaitu menyimpan konsep, fakta,hukum, skema atau imej. Contohnya, mengingat makna “semantik”.

 

Ingatan prosedural

Ingatan prosedural adalah ingatan tentang bagaimana melakukan sesuatu,terutamanya yang melibatkan aktiviti fizikal yang berurutan. Contohnya, mengingatbagaimana menaiki basikal, sekiranya anda telah lama tidak menaiki basikal.

Prinsip-prinsip utama model pemprosesan maklumat(menerusi model pembelajaran Robert M.Gagne):

 

i)                    andaian kapasiti terhad dan sekatan kepada pengaliran maklumat

ii)                  pengaliran maklimat dua hala

iii)                kawalan eksekutif yang mengawal dan menentukan pengekodan ,penyimpanan,mengigat kembali dan lupaan

iv)                manusia disediakan secara genetik untuk memproses dan menyimpan maklumat

2 TEORI .MODEL PROSES INGATAN DAN LUPAAN

 

Menerusi teori model INGATAN DAN LUPAAN ,ingatan bermaksud maklumat yang dapat disimpan dalam ingatan jangka panjang.maklumat tersebut boleh dikeluarkan semula apabila dikehendaki.proses yang terlibat dalam membentuk ‘ingatan’ ialah encoding,storage dan retrieval.[8]

 

Encoding merujuk kepada proses mendapatkan maklumat.storage ialah proses penyimpanan maklumat ,perubahan turut berlaku dalam system saraf yang membolehkan ianya membentuk memory trace.retrival pula merupakan proses mengeluar dan mengguna maklumat.[9]

 

Model proses ingatan dan lupaan ini lebih kompleks daripada model pemprosesan pembelajaran Robert M.Gagni .model tersebut terdiri dari tiga peringkat yang utama.iaitu peringkat ingatan jangka pendek,dan peringkat ingatan jangka panjang

 


PERINGKAT PERTAMA:INGATAN SENSORI

 

Pada peringkat pertama ini menjelaskan rangsangan dari persekitaran diterima dari organ deria manusia melalui pengamatan dan pemerhatian.maklumat yang tidak penting diabaikan .maklumat yang lebih penting dan sesuai dihantar keingatan jangka pendek.proses ingatan sensori berlaku dalam masa yang amat ringkas,kira-kira ½ saat hingga 4 saat sahaja.

PERINGKAT KEDUA:INGATAN JANGKA PENDEK

 

Setelah ingatan jangka pendek menerima maklumat melalui ingatan sensori,ianya mengekod maklumat itu dengan bentuk yang lebih mudah diingat,iaitu secara gambaran,bahasa atau simbolik.maklumat yang dianggap tidak berguna atau terlalu rumit untuk dikodkan,akan dihapuskan dalam bentuk lupaan.

 

Fungsi utama ingatan jangka pendek ialah untuk menyimpan maklumat bagi beberapa saat sahaja.contohnya anda menggunakan proses ingatan jangka pendek ini untuk mencongak hasil tambah.selain itu digunakan untuk mengingat nombor telefon yang diambil dari buku panduan telefon.maklumat ini akan berada didalam ingatan anda beberapa saat sahaja.

 

Maklumat yang boleh dikodkan akan disimpan .simpanan boleh bertahan dalam masa kira-kira 15 saat hingga 30 saat.adakalanya maklumat yang telah diperoses di imbas semula sebagai memberikan tindakbalas pada keadaan yang diperlukan.contohnya seorang pelajar diminta menjawab beberapa soalan guru selepas berakhirnya aktiviti pembelajaran.

 

Menerusi ingatan jangka pendek ini adakalanya berlaku proses lupaan.maklumat yang kurang penting dan sukar dikodkan akan hilang dan dikenalpasti sebagai lupaan.ada sesetengah maklumat juga boleh hilang kerana terdapat gangguan dalam proses ingatan jangka pendek.

 

PERINGKAT KETIGA:INGATAN JANGKA PANJANG.

 

Peringkat ini merupakan peringkat yang akhir,maklumat baru disimpan dalam ingatan jangka pendek,buat sementara waktu disimpan dalam ingatan jangka panjang .tujuannya adalah untuk pemprosesan semula dan disimpan dalam jangka masa yang lebih lama ,sehinggalah dipanggil semula sebagai menentukan adanya tindakbalas pada satu-satu situasi yang diperlukan.

Sepertimana ingatan jangka pendek,ingatan jangka panjang ini juga mengalami proses lupaan,dimana maklumat yang usang dan tidak diperlukan akan lenyap dan hilang.ini bersangkut paut juga dengan gangguan,yang menjadikanya sedemikian.

ingatan jangka panjang adalah kurang aktif berbanding dengan ingatan jangka pendek.walaubagaimanapun dalam ingatan jangka panjang ,penyusunan maklumat juga berlaku.apabila seseorang individu memperoleh bahan serta pengetahuan baru, ia akan dibandingkan dengan bahan yang lama.oleh itu ,penyusunan semula bahan yang berlaku dalam ingatan jangka panjang dari semasa ke semasa.

PERINGKAT KEEMPAT: LUPAAN

 

Peringkat ini lah yang membezakan teori ingatn gagne.manusia akan melalui peringkat lupaan.ianya bertentangan secara songsang dengan ingatan.apa sahaja maklumat yang telah diterima dalam stor ingatan tetapi tidak dapat diingat,akan dilenyapkan dalam proses lupaan.

Menurut erikson(1963),lupaan merupakan satu motif dimana maklumat yang tertentu sengaja dilupai,kerana dianggap tidak penting.kurang seronok dan tidak berguna, berdasarkan kesedaran mental seseorang.

TEORI FILTER BOARDBENT’S

 

I) Ingatan Jangka Pendek dan Analisis Makna

II) Ingatan Jangka Panjang

 

Bagi Broadbent’s, apa yang kita panggil sebagai ingatan jangka pendek adalah suatu kapasiti saluran yang terhad, cuma menerima jumlah maklumat terhad dalam masa tertentu tanpa berlebihan. Dalam ingatan jangka pendek ini, seandainya maklumat itu bermakna, maka maklumat akan beralih melalui saluran itu kepada sistem yang member makna dalam ingatan jangka panjang. Jelasnya di sini, teori Penumpuan Perkongsian Masa membuktikan tentang wujudnya sistem persepsi manusia yang terhad, yang hanya berupaya untuk meletakkan satu input bermakna dalam satu masa dan menekankan konsep perkongsian masa. Input rangsangan boleh mengekori secara pantas apabila penumpuan beralih dari segi kandungan atau isi input.Agak jelas, tidak semua rangsangan yang didaftarkan oleh organ deria manusia mendapat perhatian. Kebanyakan daripadanya berlalu tanpa disedari langsungl. Ini kerana pada asasnya, manusia tidak mempunyai keupayaan menerima, memahami datau menganalisis kesemua rangsangan. Satu daripada cara manusia menghadapinya ialah dengan memilih secara selektif rangsangan-rangsangan yang mungkin dapat member makna dalam hidup, yang membolehkan ia mempelajari sesuatu dan akan memberi satu pengalaman yang berlainan daripada biasa. Manusia hanya memberikan penumpuan yang terpilih kepada sesetengah rangsangan / input sahaja.

 

Model connectionest

 

 

Model connectionist dihasilkan oleh Rumelhart & McClelland 1986.ahli teori ini menegaskan maklumat disimpan dalam  minda dalam bentuk jaringan yang berhubungan dan bukan dalam bentuk satu system peraturan atau terpisah diantara satu sama lain.

Contohnya:

Seorang kanak-kanak ingin ingin menggunakan perkataan ‘went’ sebab biasa mendengar ibu bapanya dan orang lain menggunakannya.kemudian kanak-kanak itu belajar yang perkataan bagi perbuatan yang berlaku semalam perlu ditambah “ed”.kesan pengetahuan tersebut kanak-kanak cuba mengaitkan perkataan lain dengan “ed”.contohnya go kepada goed.setelah lama berlalu jaringan maklumat kanak-kanak itu lebih kompleks dan menyedari goed tidak sesuai digunakan sebab orang lain tidak menggunakan.ini bermakna melalui pengalaman ,kanak-kanak dapat menguatkan jaringan antara maklumat berguna dan membuang makluman yang lemah.[12]

 

 

 

 

 

 

 

 

Model Atkinson-shiffrin

 

Model atkinson –shifffin diketegorikan sebagai “parralled distributed processing.model (PDP).maksudnya maklumat akan diperoses serentak dalam ketiga bahagian memori .model ini ditahap metafora dan cuba menjelaskan tentang memori.model ini menggunakan jaringan neuron dalam otak sebagai metafora jaringan ingatan.

Contohnya bila kita membaca sesuatu,kita tidak melihat kepada tiap-tiap huruf ,menyambungnya menjadi perkataandan makna.kemudian menghantarnya keperingkat ingatan jangka pendek dan seterusnya keperingkat ingatan jangka panjang.sebaliknya ahli-ahli teori model ini berpendapat,bila kit abaca sesuatu,maklumat diperoses serentak oleh tiap-tiap bahagian ingatankita akan menggunakan persepsi cuba enkod dibahagian ingatan jangka pendek dan mengguna  maklumat ini dari ingatan jangka panjang untuk menafsir apa yang dibaca.ahli teori lain yang menggunakan model yang sama ialah lewandiowsky dan Murdock.[13]

 

JENIS-JENIS INGATAN

 

Berdasarkan proses ingatan yang berlaku pada kebanyakan teori maka disimpulkan ingatan ini dapat dibahagikan kepada beberapa jenis.ianya dikategorikan sebagai ingatan sensori,ingatan jangka pendek dan ingatan jangka panjang.

 

(a)Ingatan Deria(sensori)

Ingatan sensori lebih dikenali sebagai ingatan deria.ini kerana ianya lebih kepada fungsi-fungsi penderiaan ,juga disebut rakaman deria.tahap masa bagi proses ingatan sensori ini adalah sangat singkat,biasanya hanya akan berlaku dalam jangkamasa beberapa saat sahaja.keadaan ini terkjadi kerana rangsangan yang diterima dari organ deria,tidak akan kekal lama,tetapi dihantar ke stor ingatan jangka pendek hamper dengan serta merta.

 

Sekiranya maklumat yang diterima dianggap kurang penting contohnya sesuatu yang dilihat sepintas lalu,semasa dalam perjalanan,rakaman derianya beserta dengan ingatan jangka pendek akan hilang imejnya dalam masa beberapa saat sebagai lupaan.

 

(b)Ingatan Jangka Pendek(stor term memory)

Fungsi ingatan jangka pendek ini ialah menerima maklumat dari rakaman deria atau sensori untuk diperoses buat sementara waktu sahaja.iaitu kira-kira dalam masa beberapa saat sahaja.tempoh yang singkat ini digunakan untuk memerhati dan mengiktiraf maklumat yang berguna.ianya dikodkan dalam maklumat yang lebih dikenali dan lebih diingat.dan kemudian dihantar kestor ingatan jangka panjang.dan maklumat yang kurang penting dihapuskan dan melalui proses lupaan.

 

Contohnya dalam proses pembelajaran ,segala aktiviti penyampaian guru yang diterima dalam ingatan sensori bukan semuanya akan diiktiraf dalam ingatan jangka pendek.kadang kala maklumat itu sempat sampai ke ingatan jangka panjang ,tetapi harus dipanggil semula serta merta.misalnya menjawab soalan guru selepas pengajarannya.

 

Kapasiti ingatan jangka pendek adalah kecil. Maklumat diproses, ditapis, disusun atau disintesis untuk dihantar kestor ingatan jangka panjang untuk disimpan. Menurut miller (1956) ialah 7+2 (7 campur- tolak 2) chunks dan kemudian dicadangkan  oleh simon(1974) sebagai 5+2(5 campur-tolak 2)chunks.[14]

 

Sesuatu chunks tidak mempunyai unit tertentu dan boleh merupakan satu huruf/angka.satu perkataan,satu ayat atau pun satu perenggan.tertakluk kepada seseorang menyimpan butir maklumat dan oleh itu berbeza antara individu.kita mencari maklumat dan oleh itu berbeza antara individu.kita mencari maklumat daripada ingatan jangka pendek secara scanning bersiri(satu demi satu) atau scanning selari(serentak) [15]

 

(c)Ingatan Jangka Panjang (long term memory)

Fungsi utama ingatan jangka panjang ialah menerima dan memproses maklumat yang diekodkan .maklumat secara kasar daripada ingatan jangka pendek disimpan lebih lama didalam ingatan jangka panjang untuk disimpan dalam jangkamasa yang lebih lama ,mungkin beberapa minit hingga bertahun-tahun.oleh yang demikian maklumat yang dicerap akan diperoses semula dan dipindahkan kepada satu system yang lebih kerap dan dan lebih sistematik serta sempurna.umpama dalam bentuk system fail yang dibahagikan mengikut jenis dan kategori supaya mudah disimpan dam mudah dikeluarkan.

 

Ingatan jangka panjang biasanya dibahagikan kepada lima kategori,seperti yang berikut.

 

 i) ingatan intelektual

ingatan intelektual adalah berkaitan dengan konsep ,pengertian,prinsip,hukum dan maklumat-maklumat berbentuk abstrak.

 

ii)ingatan logik

ingatan logic pula berkaitan dengan maklumat rasional yang didapati melalui proses menaakul.

 

iii)ingatan hafazan

ingatan hafazan berkaitan maklumat yang tidak diperoses tetapi disimpan dalam ingatan jangka panjang dan akan dikeluarkan semula tanpa sebarang perubahan contohnya menghafaz nama-nama Allah.

 

iv)ingatan episodic

ingatan episodic pula berkaitan dengan pengalaman dan peristiwa, khasnya yang berlaku dalam tempoh masa ,tarikh dan tempat yang berkenaan.

 

v)ingatan semantic

ingatan semantic iaitu ingatan yang berkaitan dengan maklumat untuk digunakan membuat kesimpulan dan rumusan ,membentuk generalisasi,prinsip,hokum dan rumus.

 

Maklumat yang diterima dalam ingatan jangka panjang adalah berasaskan maklumat dari maklumat dari ingatan jangka pendek.kebanyakan maklumat yang diterima dalam ingatan jangka pendek biasanya terdiri daripada ingatan kali pertama.untuk memindahkan maklumat itu dengan lebih sempurna,dan lebih kekal dalam ingatan jangka panjang .kerapkali membuat latihan ulangan adalah lebih baik.disamping itu cara latihan hendaklah betul dan isi maklumat hendaklah berpatutan,khasnya dalam pembelajaran kali pertama.

 

Empat proses utama terlibat dalam model proses ingatan [16]

 

1)     pengekodan(encoding)

proses ini menentukan bagaimana maklumat didekod dan diletakan dalam perakam deria,ingatan jangka pendek dan ingatan jangka panjang.pada peringkat ini otak mengubah input deria menerusi kod-kod yang boleh diperoses dan dirakam.

 

2)     penyimpanan

proses yang menentukan bagaimana maklumat disimpan dalam ketiga-tiga stor memori.bentuk kod juga disimpan dengan teratur supaya mudah diingat.

 

3)     mengingat kembali(retrieval)

proses yang membolehkan maklumat dikeluarkan daripada ingatan jangka pendek dan jangka panjang.melalui proses ini pengalaman adalah paling bermakna ,maklumat dipanggil semula supaya masalah dapat diselesaikan.

Jenis-jenis kod[17]

 

Terdapat dua kod dalam dalam proses ingatan iaitu:

i)kod imaging

         gambaran mental disimpan dalam otak(rangka gambar)

 

     ii)kod simbolik

         maklumat disimpan dalam unit yang lebih kecil(rangka bahasa)

 

 

Ciri Kemasukan maklumat

 

Ingatan Deria

Pra-perhatian Tidak boleh Besar Tidak digunakan1 hingga 3 saat

 

Ingatan JangkaanPendek

Perlukan perhatianPerhatian berterusan/ulanganKecil. Gangguanyang terlalu banyak- menyebabkan maklumat Usang5 hingga 20 saat secara automatic.

 

Ingatan JangkaPanjang

Perlukan pengulanganUlangan/ Latih-tubi/PenyusunanTiada had- Mungkin tiada- Gangguan- UsangBeberapa minit hinggabeberapa tahunPerlu proses mencari.

 

*pengekodan maklumat dalam ingatan jangka panjang

 

Maklumat  akan dikenalpasti terlebih dahulu dan kemudian didekod.contohnya bila telah dikenal pasti perkataan’ rumah’.bagaimanakah ia didekod.adakah akan didekod sebagai r_u_m_a_h? ini mungkin dilakukan oleh individu yang tidak tahu bahasa melayu? Bagaimanakah orang yang tahu bahasa melayu,mengekod perkataan rumah?

 

Berbagai ekspiremen telah dijalankan untuk mengkaji bagaimana manusia mengekod maklumat  yang diterima.salah satu sebab lupaan berlaku ialahh kerana maklumat itu tidak dienkod dengan baik dan berkesan.walaupun maklumat itu berada dalam ingatan jangka pendek,selagi kita tidak melakukan sesuatu seperti pengulangan elaborasi(elaborativ rehearsal).maklumat itu tidak akan dipindahkan ke ingatan jangka panjang.

 

Kajian menunjukan bahawa individu yang mengekod maklumat pada peringkat MAKSUD (meaning level) berjaya memindahkan maklumat itu keingatan jangka panjang dengan lebih berkesan dan seterusnya membantu  proses mengingat kembali maklumat berkenaan.ini terbukti dengan eksperimen yang dijalankan oleh Craik&Lockhart pada 1972.

 

Craik&Lockhart (1972) mengkaji 3 kumpulan pelajar yang diberikan satu senarai perkataan,semasa mereka belajar.lihat urutan berikut:

 

*kumpulan 1 diminta menentukan perkataan-perkataan yang bermula dengan huruf besar.misalnya (House,Telefon,Car)

 

*kumpulan 2 diminta memberi rhyme bagi perkataan yang disenaraikan.

-house

-mouse

-car

-bar

 

*kumpulan 3 diminta mengaitkan setiap perkataan dengan suatu peristiwa yang telah dialami.

 

*kumpulan manakah yang berjaya mengingat lebih banyak perkataan?jawapanyan ialah kumpulan 3.MENGAPA?

Menurut Craik&Lokhart ini ialah kerana pelajar dalam kumpulan 3 telah memberi maksud yang mendalam kepada perkataan semasa mereka mengekod perkataan-perkataan berkenaan.lebih mendalam maklumat dienkod (deep processing) ,lebih berkesan proses mengingat kembali maklumat berkenaan .teori yang diutarakan dipanggil ‘TEORI PERINGKAT PEMPROSESAN’(level of processing theory). Selain mengekod maklumat dengan memberi MAKNA atau MAKSUD sama penting ialah individu mengekod dengamn memvberi klu-klu yang sesuai.maklumat dapat dan mudah diingat kembali terletak kepad bagaimana butir maklumat itu disimpan dan sejauhmana kesesuaian klu tersebut.

 

 

 

PERBEZAAN TIGA TAHAP INGATAN

 

Ciri/ sifat

Ingatan deria

Memori jangka pendek

Memori jangka panjang

Kemasukan maklumat

 Pra-Perhatian

Perlukan perhatian

Perlukan pengulangan

Pengekalan maklumat

Tidak boleh

Perhatian berterusa atau ulangan

Ulangan/latih tubi/penyusunan

kapasiti

besar

kecil

Tiada had

Kehilangan maklumat

Tidak digunakan

-gangguan

-terlalu banyak

 -usang

 

-mungkin tiada

-gangguan

-usang

Lama memori

¼ saat hingga 2 saat

Hingga 30 saat

Daripada 1 minit hingga tahun

Mengingat semula

 

otomatis

Perlu proses mencari

 

 

 

FAKTOR-FAKTOR MEMPENGARUHI INGATAN

 

 

1.faktor bahan pembelajaran.

 

a) panjang bahan pembelajaran

 

Mengikut kajian H.Ebbinghaus,beliau mendapati pembelajaran suku kata yang tidak melebihi 7 bilangannya ,biasanya boleh mengingatinya selepas membaca sekali.sekiranya ditambah sehingga 12 sukukata,maka diperlukan membcanya 17 kali sebelum mengingatinya.dan jika ditambah 16 sukukata,ia diperlukan membaca 30 kali,barulah boleh mengingatinya.kingsley(1957) berpendapat bilangan tambahan kali membaca yang diperlukan untuk mengingat sesuatu adalah banyak kali melebihi kuantiti tambahan panjang bahan pembelajaran.

 

b) kesukaran bahan pembelajaran

 

tentang kesukaran bahan pembelajaran ,kruger(1946) ,dalam kajiannya,mendapati bahan pembelajaran yang terlalu mudah,kemajuan dalam peringkat awal bergerak dengan sangat cepat, tetapi juga cepat bilang dari ingatan.ini kerana bahan pembelajaran yang kurang mencabar ,minat pembelajaran tidak dapat ditimbulkan,oleh itu ingatan nya tidak dapat bertahan lama.bagi bahan pelajaran yang terlalu sukar ,tidak ada kemajuan langsung kerana kekurangan keupayaan untuk mempelajarinya.bagi bahan pembelajaran yang berpatutan , iaitu kesukarannnya boleh diatasi dengan usaha yang bersungguh-sungguh , kemajuannya boleh dikekalkan secara terus menerus.

 

c)kedudukan bahan pembelajaran

 

kingsley(1975), dalam kajian mengenai set-set sukukata,dan perkataan tunggal yang disenaraikan mengikut susunansecara tertib,mendapati suku kata dan perkataan yang terletak di tempat awal,dan tempat akhir adalah lebih mmudah diingat,daripada sukukata yang diletakkan di pertengahan,khasnya bagi ingatan set suku kata yang tidak bermakna.

Misalnya , kita lebih mudah mengingat peristiwa yang berlaku pada hari tahuin baru dan akhir tahun.

c)bahan pembelajaran yang bermakna

 

kajian kingsley pada ttahap ini pula,menunjukan pembelajaran perkataan –perkataan yang bermakna adalah lebih mudah daripada sukukata yang tidak bermakna.

 

1)     faktor kaedah pembelajaran

 

a)     masa belajar secara bahagian

space practice adalah lebih berkesan dari belajar sekali gus.(massed practice).dalam kajian done dan hilgard (1937),calon ujian dibahagikan kepada empat kumpulan seperti berikut:

 

Kumpulan A

Belajar satu minit,rehat satu minit

Kumpulan B

Belajar dua minit , rehat tiga minit

Kumpulan C

Belajar satu minit,rehat sebelas minit

Kumpulan D

Belajar tiga minit, rehat satu minit

 

Hasil kajian menunjukkan cara pembelajaran kumpulan C adalah terbaik diikuti kumpulanB,kumpulan A dan akhir sekali kumpulan D.ini menunjukan belajar secara bahagian adalah lebih praktikal dan mudah diingati.

 

b)     pembelajaran berlebihan

(over learning) ,dalam beberapa kajian menunjukan bahawa peningkatan pembelajaran 50% adalah berkesan,tetapi sekiranya ditambah sehingga 100% maka keberkesanan pembelajaran turut akan berkurangan.

 

2.faktor peribadi

 

a)     faktor umur

ramai orang percaya bahawa peringkat kanak-kanak lebih berkesan pembelajarannya,tetapi kajian telah menunjukkan bahawa pembelajaran terkuat kesannya ketika umur 8 hingga 20 tahun.

 

PERINGKAT UMUR

KEBERKESANAN

8 hingga 20 tahun

Kemajuan terbaik

20 hingga 25 tahun

Kemajuan dilambatkan

Sehinnga 35 tahun

Kebolehan menurun,

Sehingga 42 tahun

Kemuncak penurunan

50 tahun

Seperti  kebolehan berusia 15 tahun

70 tahun

Kebolehan belajar serupa kanak-kanak 10 tahun

 

*kajian thorndike (1982)

b)     faktor jantina

 

keupayaan mengingat bagi lelaki dan perempuan tidak banyak berbeza menurut kajian kingsley(1957)

 

 

 

FAKTOR-FAKTOR YANG MENJEJASKAN INGATAN

 

 

Kemampuan manusia untuk mengingat sesuatu dan menggunakannya semula adalah    terhad.Walau bagaimanapun, lupaan yang berlaku pada manusia tidak semestinya sesuatu yang buruk.Sekiranya kita tidak lupa, minda kita akan bertaburan dengan banyak benda-benda tidak pentingyang mungkin menyebabkan kita tidak mungkin untuk membuat pemilihan maklumat yangberguna dan berkaitan kepada kita yang kita perlukan dalam membuat sesuatu keputusan. Olehitu, kita tidak ingin membuat minda kita bertaburan dengan perkara-perkara tidak penting. Lupaperkara yang tidak penting boleh membantukita ingat perkara yang penting. Caranya sudah tentuialah berupaya lupa perkara yang tidak penting dan bukan yang penting.

 

Seperti yang kita ketahui, lupaan adalah lebih mudah dan senang berlaku berbanding

untuk mengingat.Ini berlaku kerana untuk lupa, kita hanya perlu gagal dalam salah satudaripadatiga peringkat ingatan iaitu peringkat rakaman, menyimpan dan mengingatkembali. Manakalauntuk mengingat, kita perlu berjaya dalam ketiga-tiga peringkat tersebut. Boleh dikatakanpeluang untuk mengingat ialah satu manakala peluang untuk lupa ialah tiga. Berikut merupakanfaktor-faktor yang menyebabkan terjadinya ingatan terjejas dan lupaan berlaku.

 

1) Kepudaran atau Keusangan

 

Dengan berlalunya masa, kepudaran atau keusangan berlaku pada ingatan. Inimenyebabkan hilangnya kesan ingatan (memory trace). Ini bermakna makin lama tempoh masa antara masa pembelajaran dengan masa bahan itu diingat kembali, makin kabur maklumat atau bahan pembelajaran itu sehingga pudar dan luput daripada simpanan ingatan jangka panjang. Faktor ini merupakan penjelasan tentang ingatan yang paling lama dan paling luas digunakan.

 

2) Represi

 

Penjelasan fakor ini telah dicadangkan oleh Sigmund Frued dalam teorinya yang berkenaan dengan minda bawah sedar. Menurut beliau, ingatan-ingatan yang tidak gembira atau tidak ingin diterima boleh dilupakan dengan sengaja sekiranya kita berniat berbuat demikian. Ingatan –ingatan tersebut dimasukkan ke dalam minda bawah sedar dengan sengaja supaya seseorang individu tidak perlu lagi hidup bersama dengannya. Walau bagaimanapun sebahagian daripada perkara dalam Teori Frued tidak diterima secara meluas, tetapi ramai ahli psikologi percaya bahawa lupaan yang bermotivasi tersebut boleh berlaku dalam kehidupan seharian kita. Apabila kita balik daripada percutian, kita selalu akan ingin mengingat waktu-waktu yang gembira

semasa percutian tersebut dan lupa waktu-waktu yang sedih dan tidak seronok. Orang yang berjudi juga berkecenderungan untuk ingat waktu-waktu yang dia menang dan lupa waktu-waktu yang dia kalah. Ini boleh jelas menunjukkan bahawa kita dengan sengaja lupa kerana kita mahu untuk lupa.

 

3 )Penyelewengan

 

Ingatan manusia boleh dipengaruhi oleh nilai-nilai dan minat-minat kita. Oleh itu, kita boleh mengingat sesuatu dalam cara yang kita mahu mengingatinya. Faktor ini menjelaskan bahawa kita menukar ingatan kita untuk sesuai dengan apa yang kita mahu ia jadi atau bagaimana kita rasa ia sepatutnya jadi. Faktor ini boleh didemontrasikan seperti contoh berikut. Cuba baca perkataan-perkataan berikut dengan kuat: katil, rehat, bangun, letih, mimpi, malam, selesa, dengkuran dan makan. Sekarang tanya orang yang mendengar perkataan-perkataan tersebut untuk menyenaraikannya sebanyak mungkin yang dia boleh ingat. Biasanya, sekurangkurangnya separuh daripada senarai perkataan-perkataan tersebut melibatkan perkataan TIDUR.

Ini kerana banyak perkataan-perkataan tersebut adalah berkaitan dengan tidur. Oleh itu,

nampaknya macam perkataan “tidur” patut berada dalam senarai tersebut.

“Distortion” boleh diaplikasikan secara menarik dalam situasi penyiasatan kesahan dan

kebolehpercayaan maklumat yang diberi oleh saksi dalam mahkamah. Contohnya dengan

menanya soalan pembawaan, penanya tersebut boleh menyebabkan saksi untuk “ingat” sesuatu

peristiwa yang sebenarnya tidak berlaku. Contohnya soalan seperti “Apakah warna jaket

mangsa?” boleh menyebabkan saksi untuk ingat jaket yang tidak wujud sebenarnya.

 

4) Gangguan

 

Banyak lupaan berlaku adalah kerana gangguan melalui pembelajaran yang lain. Ia tidak

membayangkan kapasiti simpanan ingatan yang terhad di mana maklumat baru yang diterima akan menolak maklumat lama keluar daripada minda. Ia tidak berkaitan dengan Jumlah yang telah kita pelajari tetapi Apa yang kita belajar yang menentukan berlakunya lupaan melalui gangguan.

 

Ingatan Tidak Disimpan

 

 

Ingatan tidak disimpan boleh berlaku atas beberapa sebab, iaitu:

a)Perkara yang kita ingin ingat tidak memberi masa yang cukup kepada kita untuk menyerapnya

 

b)Masa diberi dengan cukup kepada kita untuk menyerapnya tetapi kita tidak notisnya atau pedulinya

 

c) Masa diberi dengan cukup tetapi tidak meletakkan perhatian yang cukup untuk

memastikannya dipindah ke ingatan jangka panjang.

 

d) Tekanan

Ahli pakar ingatan, Arthur Bornstein telah mengkategorikan tekanan yang tinggi sebagai musuh pertama kepada ingatan yang baik. Menurut beliau, respons-respons tradisional atau biasa yang dilakukan oleh orang ramai untuk menghadapi stres seperti minum minuman alkohol dan merokok boleh membawa kesan buruk kepada ingatan dan menyusahkan lagi kita untuk mencapai matlamat. Oleh itu, beliau mengajar kliennya untuk menghilangkan stres melalui meditasi, sesi yoga dan senaman supaya tidak merosakkan ingatan manusia.

 

 

KAEDAH-KAEDAH MEMPERBAIKI INGATAN

 

Ingatan seperti kuasa-kuasa intelek yang lain boleh diperbaiki dan dipertingkatkan keberkesanannya. Menurut Doubleday (1979), peluang kita untuk menjadi orang tua yang pelupa adalah rendah jika kita sentiasa membiarkan minda kita menerima cabaran dan menjaganya dengan baik melalui nutrisi yang baik dan rehat yang cukup. Bruno Furst pula membuat satu analogi dengan menggunakan keadaan penghasilan otot-otot iaitu “Sekiranya kita sedar bahawa ingatan boleh diperbaiki seperti otot-otot, kita juga mesti terima hakikat bahawa keberkesanan ingatan akan menurun seperti otot-otot jika tidak digunakan dengan sesuai. Secara ringkasnya, prinsip utama bagi ingatan adalah mudah, iaitu: “Gunakannya sentiasa, jika tidak ia akan menjadi karat.” Berikut merupakan beberapa kaedah yang boleh digunakan untuk memperbaiki ingatan kita.

 

1 Teknik “Chunking

2 Teknik Gabungan Huruf Pertama

3 Teknik Penggunaan Daya Imaginasi

4 Teknik Membuat Peta Minda

5 Teknik PQRST (Preview, Question, Read, Self Recitation dan Test)

6 Tidur Selepas Pembelajaran Baru Berlaku

CARA-CARA MENINGKATKAN DAYA INGATAN ATAU

 MENGURANGKAN LUPAAN

 

1)     Mengajar dengan menggunakan bahan pembelajaran yang bermakna supaya lebih mudah diingati oleh pelajar.guru boleh mengaitkan bahan pembelajaran baru dengan pengetahuan sedia ada serta gunakan alat Bantu mengajar yang sesuai untuk meningkatkan kefahaman mereka.

2)     Mengajar dengan menggunakan panjang bahan pembelajaran yang berpatutan dan memberi masa yang cukup untuk mengekalkannya, dalam ingatan dengan aktiviti sokongan sebelum bahan pembelajaran baru diperkenalkan.

3)     Mengajar secara menarik untuk menangkap perjhatian pelajar.gunakan teknik motivasi yang sesuai supaya pelajar merasa seronok semasa pembelajaran.menggalak kan pelajar dengan memberi ganjaran dan elakkan hukuman yang akan membunuh semangat pelajar serta mengurangkan daya ingatannya.

4)     Rancangkan bahan pembelajaran yang tidak terlalu sukar atau terlalu mudah.pembelajaran yang memerlukan teknik hafazan misalnya  20 sifat wajib bagi Allah,hendaklah dipecahkan kepada beberapa bahagian.

5)     Membentuk iklim pembelajaran yang kondusif.emosi pelajar akan lebih tenteram  .emosi pelajar yang cemas akan mengurangakan keberkesanan ,seterusnya mengurangkan kuantiti ingatan.

6)     Gunakan kaedah nemonik.iaitu mengorganisasikan fakta .contoh:

 

RUKUN HAJI

 

1)niat

2)wukuf

3)tawaf

4)saie

5) bercukur

6)tertib

 

Diorganisasikan menjadi:

 

Ni waw tapi saya cuba terai

 

7)     menarik minat pelajar dengan menggunakan pen penyerlah.

8)     Memberi cukup ulangkaji untuk meningkatkan ingatan.

9)     Mengajar dengan carta dan gambarajah.

KESIMPULAN

 

Ingatan merupakan suatu anugerah yang sangat penting kepada manusia. Tanpa ingatan, kehidupan kita akan terdiri daripada pengalaman-pengalaman yang sebentar atau sedetik sahaja yang mempunyai perhubungan yang sikit di antara satu sama lain. Tanpa ingatan, kita tidak dapat berkomunikasi dengan orang lain-kita akan tidak mampu ingat idea-idea yang kita ingin meluahkan. Tanpa keraguan, ingatan adalah pusat kepada kita untuk menjadi seorang manusia. Memandangkan kepentingan ingatan kepada manusia, kita perlu mengetahui faktorfaktor yang menjejaskan ingatan dan kaedah-kaedah untuk memperbaikinya. Ini supaya daya ingatan kita adalah kuat dan boleh dimanfaatkan ketika diperlukan. Dengan itu, proses pembelajaran yang berlaku pada kita juga akan lebih berjaya dicapai.

 

 

 

 

 

 


[1] Ruj.psikologi pendidikan (mook soon sang ,halaman 123)

[2] ibid

[3] ibid

[4] Opcit,,halaman 124

[5] Psikologi pendidikan,azizi yahya,shahrin hashim,halaman 149

[6] Opcit,halaman 149

[7] Psikologi pendidikan,azizi yahya,shahrin hashim ,halaman 147

[8] Melton,1963,buku roediger halaman 262

[9] Psikologi pendidikan Mahani Jantan,edisi revisi,halaman 116

[10] Psikologi pendidikan,mok soon sang semester 2 ,halaman 125

[11] Psikologi pendidikan ,mok soon sang,halaman 125

[12] Bereiter ,salvin,1997

[13] Slavin,1989,1997 halaman 197

[14] Laman internet

[15] Ibid,laman internat

[16] Panduan ulangkaji ilmu pendidikan,dr Ragbir Kaur a/p joginder singh,halaman 144

[17] Ibid,panduan ulangkaji ilmu pendidikan

★ OLDER POST | NEWER POST

oo