!-- THIS SKIN PROTECTED BY WAWA ! --!>
Hello ! you're strumble upon ilhamku . Please mind your manners . Thanks
//naryz ilhamku// ♥
ilhamku
masyarakat berakidah
Saturday, April 25, 2009 | 0 narnians


 

TAJUK: AKIDAH SEBAGAI ASAS PEMBENTUKAN SESEBUAH MASYARAKAT

 

1.0  PENDAHULUAN

 

 Sesungguhnya isu akidah adalah universal dan isu sejagat yang kini menghambat kehidupan manusia masa kini. Di sana sini orang bercakap mengenai akidah. Justeru itu, kita perlu sedar bahawa isu akidah adalah isu sepanjang zaman yang tidak ada noktah untuk berhenti. Malah aktiviti-aktiviti yang bercanggah dengan akidah kini menjadi perkara juntrah sedangkan kesannya yang 'hebat' membawa kepada kebinasaan dan kerugian yang bukan sedikit.

 Sememangnya kita menyedari hanya dengan masyarakat berakidah kita mampu mencapai keselamatan, pembangunan dan kemajuan-kemajuan serta menikmati keamanan dan kesejahteraan yang berpanjangan. Dalam erti kata lain, masyarakat berakidah mampu melonjakkan bangsa dan negara ke mercu kegemilangan dan kecemerlangan.

 

 

1.1 DEFINISI AQIDAH

 

“Aqidah adalah landasan setiap amalan.Amalan hati lebih penting daripada amalan anggota badan.Berusaha untuk mendapat kesempurnaan dalam amalan itu adalah tuntutan syara’.[1]

 

Akidak berasala dari perkataan “a-qa-da” yang bermakna “ikatan”.mengikut asal dari  bahasa arab bermakna “untuk memastikan dan mengukuhkan sesuatu”.kemudian perkataan tersebut digunakan untuk suatun keyakinan atau kepercayaan yang kukuhdan kuat.

 

“Aqa ‘id” adalah perkataan jamak  ‘aqaid’.maknanya ialah segala perkara yang dengannya dapat dipercayai sepenuhnya(tasdiq) (oleh manusia) hingga kepadanya boleh menenangkan hati dan perasaan.Kedudukan aqidah atau aqa’id setaraf dengan keyakinan yang sama sekali tidak bercampur dengan syak,keraguan dan kebimbangan.[2]

 

Aqidah memerlukan keyakinan penuh dan sekukuh-kukuhnya .Oleh kerana itu maka iman ialah “ tasdiq dengan sepenuh hati dan fikiran mempercayai kebenaran Allah dan Rasulnya, iaitu kepercayaan yang bersih dari syak,keraguan dan kebimbangan.iaitu kepercayaan yang mantap atau keyakinan yang tidak goyang dan ragu.

 

Allah telah berfirman…[3]

 

 

 

 

Bererti “ sesungguhnya orang yang sebenar-benarnya beriman hanyalah mereka yang mempercayai kepada Allah dan RasulNya.kemudian mereka tidak ragu-ragu lagi mereka berjuang dijalan Allah.Mereka itulah orang yang benar-benar beriman.”

 

Oleh itu aqidah akan terbatal jika terdapat keraguan atau syak,kerana keraguan dan syak adalah berlawanan dengan kepercayaan dan keyakinan(berlawanan iktikad).

 

Didalam islam aqidah adalah soal yang utama ,tidak dapat dibahagi-bahagikan dan dipisah-pisahkan.Pengaruh  aqidah yang lurus dan benar bagi kemantapan dan kebahagiaan masyarakat serta pertumbuhan umat manusia yang berani membela kebenaran dan menentang kebatilan,sukar ditentukan batas-batasnya.

 

Dengan aqidah jelas dan ikhlas yang dikurniakan oleh Allah kepada manusia,sebagai khalifah dibumi Allah ini,manusia dapat menjalankan peranan dan tugas kekhalifahan dimuka bumi ini dan mewujudkan, kebahagiaan didunia dan diakhirat.dengan aqidah tersebut ,ia berkeupayaan memakmurkan kehidupan di alam ini.ia sanggup mengharungi daratan,dan lautan untuk  mendapat rezeki yang baik,yang disediakan oleh Allah.Allah (s.w.t) berfirman:[4]

 

 

Ertinya: dan sesungguhnya Kami telah memuliakan anak-anak Adam.Dan kami telah beri amaran menggunakan berbagai-bagai kenderaan didarat dan dilaut; dan kami telah berikan rezeki kepada mereka dari benda-benda yang baik-baik serta kami telah berikan keutamaan lebih daripada kebanyakan makhluk lainnya.

 

(Surah  Al-Isra’:70)

 

 

Aqidah tauhid merupakan kunci bagi umat manusia untuk membuka era baru dalam dunia yang sudah penuh dengan kerosakan.dunia yang sesat jalan menuju keredaan Allah.Aqidah tauhid merupakan kunci pembuka zaman baru bagi setiap manusia yang berhati jernih,berakal cerdas,berbudi luhur dan berperasaan tulus ikhlas.

 

Dengan demikian terhapuslah kerumitan besar dalam kehidupan manusia,kemudian terbentuklah keluarga besar muslim,umat islam,masyarakat islam dan kekuasaan rabbani di muka bumi.

 

Apakah pula kaitannya dengan masyarakat. Secara umumnya masyarakat adalah satu kumpulan manusia yang mempunyai tatacara, prinsip, kecenderungan, keistemewaan dan adat yang tersendiri. Sebuah masyarakat yang lahir hasil dari pegangan mereka yang mantap terhadap aqidah keimanan itulah sebenarnya masyarakat yang diredahi oleh Allah. Masyarakat itulah dinamakan "Masyarakat Islam".

 

 

1.2 DEFINISI MASYARAKAT

 

 

Masyarakat merupakan istilah yang digunakan untuk menerangkankomuniti manusia yang tinggal bersama-sama. Boleh juga dikatakan masyarakat itu merupakan jaringan perhubungan antara pelbagai individu. Dari segi perlaksaan, ia bermaksud sesuatu yang dibuat - atau tidak dibuat - oleh kumpulan orang itu.

 

Masyarakat islam ialah masyarakat yang oleh agama islam dan diasuh oleh manusia termulia penyampai wahyu Allah ,Nabi Muhammad (s.a.w).suatu masyarakat laksana sekuntum bunga yang mekar tidak berduri,harum mewangi semerbak keseluruh alam menjamin ketenteraman serta kedamaian di dunia.Masyarakat Rabbani yang anggotanya merupakan satu keluarga.Dalam masyarakat itu seseorang tidak dinilai berdasarkan kedudukan social dan asal keturunannya.

 

Masyarakat islam ialah masyarakat yang beridentitikan agama,iman dan aqidah (berkeyakinan penuh kepada agama islam).Dengan aqidah atau keyakinan seperti itulah mereka sanggup mengubah sejarah dan mengubah wajah dunia.Mereka berhasil mengeluarkan umat manusia dari kegelapan kepada cahaya terang.

 

Masyarakat islam ditegakkan atas dasar persaudaraan umat manusia.didalam masyarakat islam setiap mempunyai kedudukan yang sama dalam pergaulannya dengan orang lain.

 

Firman Allah:[5]

 

 

 

Ertinya: wahai umat manusia,sesungguhnya Kami telah menciptakan Kamu dari lelaki dan perempuan(Adam dan Hawa),dan kami telah menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan berpuak-puak supaya kamu berkenalan(dan beramah mesra diantara satu sama lain).Sesungguhnya semulia-mulia disisi Allah ialah orang yang lebih takwanya diantara kamu,(bukan yang lebih keturunannya atau bangsanya).sesungguhnya Allah Maha  mengetahui,lagi Maha mendalam pengetahuanNya(akan keadaan dan amalan kamu)

(surah Al-Hujurat:13)

 

 

Mengenai persaudaraan diantara sesama  kaum beriman,islam telah mengatur dan menetapkan hak dan kewajipan masing-masing.Yang penting ialah bahawa islam menghapus kata “aku”(ego),dari kehidupan social.Dalam masyarakat islam setiap orang hidup dengan semangat kesatuan(jamaah).setiap orang menyedari tanpa bermasyarakat pertaliannya tidak bererti.

 

Dari cirri-ciri khusus tersebut dapat kita mengetahui bahawa masyarakat islam memiliki sumber kemampuan yang amat besar yang meyakinkan bahawa masa depan umat islam adalah cemerlang,walaupun musuh-musuhnya akan terus mengancam dan melawannya.

1.4 PERANAN AQIDAH

        Aqidah yang salimah dan shahihah memainkan peranan penting dalam pembentukan masyarakat Islam hari ini. Tanpa aqidah yang suci, masyarakat Islam tidak akan wujud. Aqidah juga menjadi benteng seseorang mukmin agar tidak dipengaruhi oleh anasir-anasir yang boleh mencermarkan kesucian aqidah dalam masyarakat hari ini.Akibatnya berlakulah berbagai-bagai pencerobohan terhadap hak asasi manusia jenayah, pembunuhan, kafir mengkafir dan sebagainya yang hanya akan meruntuhkan masyarakat Islam.

 Untuk mewujudkan sebuah masyarakat Islam, yang harmoni dan bebas dan bebas daripada unsur-unsur jahiliah maka kita perlu memahami dan mengkaji aqidah tauhid yang sebenarnya. Aqidah tauhid yang dimaksudkan di sini ialah mentauhid serta mengesahkan Allah S.W.T. Ia menjadi teras dan ruh terhadap kewujudan agama Islam; mengimani Tuhan Yang Maha Esa, bagi-Nya tempat kembali. Dia adalah Tuhan pemelihara setiap perkara, pentadbir semua urusan, hanya Dia sahaja yang layak disembah dan tidak boleh diingkari, Dia layak diajukan kesyukuran, tidak dikufuri dan hanya Dia patut ditaati. Sebagaimana yang dijelaskan dalam al-Quran yang bermaksud:

        "Yang demikian (sifat-sifat dan kekuasaan-Nya) ialah Allah Tuhan kamu tiada Tuhan (yang disembah dengan sebenar-benarnya), melainkan Dia yang menciptakan tiap-tiap sesuatu. Oleh tiu beribadatlah kamu kepada-Nya dan (ingatlah), Dialah yang mentadbirkan segala-galanya."        (Surah al-An-Am:102)

1.5 AQIDAH ASAS KEMANTAPAN UMMAH

        Dalam usaha memantapkan kualiti ummah, terlebih dahulu diusahakan ke atas pemantapan keimanan yang berlandaskankepada aqidah yang benar, supaya akan hadir dalam hati perasaan ghairah untuk mempelajari agama  dan membina asasnya yang sempurna.

 Ini adalah kerana tegaknya agama itu adalah berasaskan kepada aqidah. Apabila mantapnya aqidah maka mantap pulalah keimanan seseorang. Ilmu tentang aqidah akan memperbetulkan kedudukan iman dan iman itu pula perlu ditingkatkan prestasinya dengan usah ayang semaksima mungkin, agar mencapai hakikat keimanan yang sempurna dan mempraktikkannya dalam setiap inci kehidupan.

        Oleh sebab itu, manusia tidak mungkin mencapai darjat kesempurnaan dan kemantapan menjadi insan selagi mereka sendiri yang menentukan peraturan, ideologi dan halan hidup sendiri.

        Sebaliknya pembangunan, kemajuan dan ilmu yang berlandaskan kepada aqidah sebenarlah yang menjadi tuntutan Islam, kerana ianya akan membawa manusia lebih dekat kepada Allah s.w.t.

        Tabiat mengkesampingkanlah aqidah menyebabkan manusia gagal mengenal pasti semua perkara yang bermanfaat atau perkara yang memudaratkan kepada mereka. Kecuali mereka di selamatkan dengan panduan dan suluhan aqidah.

        Hasil daripada aqidah yang mantap inilah, betapa kemantapan iman Nabi Ibrahim a.s. sehingga menolak bulat-bulat tawaran yang dikemukakan oleh Raja Namrud, kerana Raja Namrud menolak aqidah Islamnya.

        Begitu juga halnya dengan tindakan tegas Nabi Yunus a.s. ketika mana ditawarkan untuk menjadi ketua perbendaharaan negara, Mesir dengan katanya yang bermaksud:-

            "(Aku bukan sahaja dapat menerangkan tadbir mimpi kamu itu, bahkan) tidak datang kepada kamu     sesuatu makanan yang diberikan kepada kamu (tiap-tiap hari dalam penjara), melainkan aku juga dapat memberitahu kepada kamu akan nama dan jenisnya, sebelum ia dibawa kepada kamu. Yang demikian itu ialah sebahagian dari apa yang diajarkan kepadaku oleh Tuhanku. Dengan sebab itu aku meninggikan agama kaum yang tidak beriman kepada Allah serta tidak pula percayakan hari akhirat. Dan aku menurut agama bapa dan datuk nenekku: Ibrahim dan Ishak serta Yaakub. Tidaklah sepatutnya kita mempersekutukan sesuatupun dengan Allah. Mantauhid - mengesakan Allah ialah hasil dari limpah kurnia Allah kepada kita dan kepada umat manusia. Tetapi kebanyakan manusia tidak bersyukur."            (Surah Yusuf : 37-38)

        Seterusnya Rasulullah s.a.w. dengan tegas menolak jawatan, kedudukan dan harta benda daripada kaum Quraisy, kerana apa yang ditawarkan itu tidak dibina daripada asas aqidah.

        Marilah sama-sama kita jadikan aqidah yang benar sebagai landasan perjalanan hidup kita. Kerana sesungguhnya kemantapan aqidah serta keimanan kepada Allah dan Rasul-Nya akan membentuk ummah dari segi lain dengan mantap juga.

 

 

2.0 KEPERLUAN BERMASYARAKAT BERLANDASKAN AQIDAH YANG BENAR DARI PELBAGAI SUDUT:

 

2.1 POLITIK

 

Ketika islam kuat dan berjaya dizaman khulafa’ arrasyidddin,tidak ada yang menggugat kedudukan masyarakat islam.tetapi sedikit demi sedikit politik acuan khulafa’ ar Rasyidin runtuh , akibat tipu daya orang kafir.Namun kini masyarakat sudah mengerti bencana kekejian ,dan kerosakan yang dilakukan oleh para sesetengah ahli politik.Kesedaran berpolitik ini harus disokong dengan aqidah yang benar.

Melalui Islam kita akan mempunyai satu pendekatan dalam menyusun kehidupan bermasyarakat dan bernegara melalui sistem politik. Urusan politik dalam sesebuah negara perlu dikendalikan dengan mantap dan beramanah. Kepimpinan negara adalah satu tanggungjawab keagamaan yang besar yang perlu dipikul oleh sesebuah pemerintahan. Dengan itu mengikut Islam usaha untuk membangun sesebuah masyarakat dalam negara memerlukan kepada sebuah sistem politik yang adil yang mampu memilih sebuah pemerintahan yang berwibawa untuk menerajui sesebuah kerajaan. Tanggungjawab orang Islam ialah memilih pemimpin yang berakhlak dan berkelayakan.

Kepimpinan negara mengikut Islam mempunyai tanggungjawab keagamaan untuk menghasilkan kestabilan, keharmonian dan kemakmuran yang seterusnya menjana kepada pembangunan negara. Rakyat turut sama mempunyai hak dan tanggungjawab keagamaan atau dari segi moral untuk berperanan menyokong segala tindak tanduk pemerintah yang berfaedah semoga negara mencapai matlamat yang luhur tersebut.

Sifat manusia pada hakikatnya perlu difahami sebelum usaha dapat digembelingkan untuk memajunya dan meningkat mutu hidupnya. Pada fitrahnya manusia mengandungi roh (soul) dan jasad (physical body). Islam berpandangan bahawa keperluan kepada kedua-dua sifat tersebut perlu diusahakan dalam bentuk yang sepadu. Kedua-dua sifat yang terkandung pada diri manusia ini tidak boleh di asing dan dipisahkan. Kedua-dua kandungan tersebut perlu dididik dan dibina dengan usaha yang sepadu demi untuk meningkat sahsiah individu semoga mampu menjadi penyumbang berfaedah dan menikmati hasil kejayaan pembangunan.

Dalam sejarah Islam, berlaku peristiwa menyayat hati umat Islam iaitu pembunuhan Uthman bin Affan. Beliau adalah ketua negara Islam ketiga, menantu Nabi Muhammad dan menurut beberapa laporan, beliau adalah orang yang disegani oleh malaikat. Beliau dibunuh semasa membaca al-Quran. Tragedi ini menimbulkan salah faham di kalangan umat Islam sehingga tercetusnya Perang Siffin antara Ali bin Abu Talib dengan Muawiyah bin Abu Sufian dan Perang Jamal yang melibatkan Aisyah binti Abu Bakar, Thalhah dan Zubair menentang Ali bin Abu Talib. Peperangan itu bukan sahaja mengorbankan nyawa para sahabat Nabi Muhammad tetapi menimbulkan salah faham dalam bidang politik sehingga melibatkan isu akidah.

Lanjutan daripada peristiwa itu, timbul golongan yang fanatik kepada Ali bin Abu Talib yang dikenali sebagai Syiah dan mereka vang menyokong Muawiyah bin Abu Sufian. Antara dua pertembungan itu, muncul pula golongan yang keluar daripada kumpulan kerana tidak berpuas hati dengan urusan Tahkim yang dikenali sebagai Khawarij. Tahkim adalah peristiwa perian tikan ketua negara Islam antara Ali bin Abu Talib dengan Muawiyah bin Abu Sufian. Semasa peristiwa ini, Ali digugurkan daripada jawatan ketua kerana helah yang dimainkan oleh penyokong Muawiyah. Pada peringkat awal, semua golongan tidak memasukkan hujah akidah dalam pertelingkahan mereka. Situasi masih terkawal kerana ada para sahabat Nabi Muhammad yang masih hidup dan mampu mengawal keadaan walaupun ada anasir-anasir bukan Islam yang cuba mengambil kesempatan.

Namun, selepas beberapa peringkat, anasir bukan Islam mula meresap dari dalam umat Islam. Muncul golongan Syiah yang berfahaman sederhana seperti golongan Imamiah dan Zaidiah serta golongan Syiah yang radikal. Golongan ini dianggap radikal kerana fahaman mereka terkeluar daripada akidah yang utama, bukannya masalah cabang akidah seperti isu pemerintahan.

Antara mereka adalah Ismailiah, Bayaniah dan lain-lain. Golongan ini lebih radikal apabila mereka mendakwa para sahabat Nabi Muhammad terkeluar daripada Islam dan mengangkat Ali bin Abu Talib sebagai Utusan Tuhan. Mereka mendakwa Tuhan dapat menjelma ke dalam diri Ali dan berbagai-bagai lagi.
Di kalangan Khawarij, ada golongan yang berfahaman sederhana seperti golongan Ibadhiah dan yang radikal sehingga meminda dan membatalkan hukum syariat dan mendakwa para sahabat Nabi Muhammad bukan Islam. Antaranya seperti Azraqiah, Ajaridah dan lain-lain.

Semasa kelahiran falsafah dan terjemahan pada zaman Abbasiah, muncul golongan Muktazilah, Jabariah dan Ahli Sunnah walJamaah. Di kalangan Ahli Sunnah wal Jamaah muncul dua aliran iaitu Salaf dan Khalaf. Di kalangan Khalaf, lahir pula fahaman Asya’irah dan Maturidiah. Perkembangan ini juga mempengaruhi golongan Khawarij dan Syiah.

Melalui perbincangan ini, pembaca dapat mengenali golongan-golongan yang lahir kerana perselisihan politik. Bermula daripada golongan yang berfahaman sederhana yang tidak merosakkan akidah hingga golongan yang terkeluar daripada masyarakat Islam. Caranya adalah dengan mendedahkan fahaman salah mereka walaupun mereka mendakwa masih beragama Islam.

 

Kesimpulannya masyarakat islam harus sedar bahawa islam menuntut orang yang beriman patuh kepada Allah s.w.t .Seluruh kekuasaan dan pemerintahan adalah hak Allah S.W.T.Kepatuhan yang mutlak kepada Allah s.w.t membolehkan seseorang muslim dalam masyarakat bekerjasama bagi membantu perubahan politik berlandaskan aqidah yang benar.

2.2 SOSIAL

Pergaulan secara sihat amat dituntut oleh Islam. Bahkan Islam tidak menganjurkan pemeluknya mengasingkan diri daripada masyarakat. Dalam konteks umah muslimin dan muslimat , mereka secara umumnya memiliki dorongan untuk bergaul dengan manusia lain agar dapat hidup berdampingan dengan sesamanya.

Untuk itu, setiap umah perlu memiliki kemampuan untuk menyesuaikan diri dengan orang lain. Remaja menghabiskan sebahagian besar waktunya di dalam kelompok yang seusia dengan mereka serta mempunyai pola pemikiran yang lebih kurang sama.

Dalam pandangan Islam, sebuah masyarakat adalah kumpulan individu yang berinteraksi secara berterusan, memiliki satu pemikiran, satu perasaan dan di bawah aturan yang sama agar terjalin hubungan yang aman dan harmoni.

Apabila ada sebahagian anggota masyarakat yang menderita, maka individu yang lain menolongnya dengan semampu mungkin. Begitu juga ketika ada salah seorang anggota masyarakat yang melakukan kesalahan ada individu yang lain menegur dan menasihatinya.

Masyarakat Melayu umpamanya menjadikan tempat berkenduri, majlis-majlis adat serta majlis agama di masjid bukan hanya sebagai tuntutan ibadat dan adat. Tetapi juga sebagai lapangan untuk mereka bertemu sesama sendiri dan bertanya khabar.

Interaksi sosial sebegini bukan sahaja bertujuan untuk mengeratkan hubungan, tetapi juga memperkembangkan ruang lingkup pemikiran dan mendapat pengetahuan baru, hasil daripada percakapan, pengalaman dan tingkah laku seseorang anggota masyarakat yang lain.

Namun begitu terdapat batas-batas yang perlu dipatuhi selama bersosial sesama anggota masyarakat dengan sihat tanpa merugikan satu sama lain. Justeru, Islam menganjurkan dalam bermasyarakat, hendaklah sentiasa bersifat ihsan, berakhlak mulia dan sentiasa memahami antara kehendak dan keperluan masing-masing.

Amat penting juga untuk menitikberatkan peranan nasihat dan sabar dalam hidup bermasyarakat. Ini kerana bergaul atau berinteraksi dengan orang lain, sudah tentu akan mengakibatkan munculnya perasaan yang berbeza-beza pada setiap peribadi.

Lantaran itu, ukhuwah yang benar dan baik adalah saling memberikan nasihat kebaikan. Firman Allah SWT: Demi masa. Sesungguhnya manusia itu benar-benar berada dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan saling berpesan-pesan kebenaran dan saling

 

2.3 EKONOMI

Dunia seluruhnya ketika ini sedang menghadapi satu kemelut atau krisis ekonomi yang berterusan, setelah mencuba pelbagai teori ekonomi ciptaan manusia yang serba tidak sempurna, kononnya teori ekonomi itu menjamin masa depan yang lebih baik kepada manusia.

Pakar-pakar ekonomi dari kalangan aliran Kapitalis telah menggaris beberapa pendekatan sistem ekonomi yang kononnya menjamin keselesaan kehidupan, tetapi pada hakikatnya menempuh jalan buntu, akhirnya tidak mampu menyelesaikan masalah hidup kerana ia dicipta menurut naluri serta pandangan manusia yang serba terbatas.

Selagi mana sistem ekonomi tidak disandarkan kepada pendekatan Islam sebenar berasaskan akhlak agama, khususnya perasaan malu untuk tidak mengeksploit harta benda awam, maka ia akan mengundang dan menuju kepada perlakuan jenayah dalam mengamalkan teori sesuatu sistem ekonomi.

Menurut Islam, perasaan malu adalah satu sifat mulia yang mampu membangkitkan kesedaran kepada seseorang individu untuk meninggalkan segala perlakuan jahat, maksiat serta perkara yang bercanggah dengan hukum-hukum syariat Islam termasuk dalam perlakuannya pada amalan berekonomi, ia termasuk juga mengekangnya untuk tidak menipu, memonopoli sesuatu barangan produk, tidak mencuri, tidak terlibat dalam jual beli yang haram, kerana perlakuan jahatnya itu diperhatikan oleh Allah SWT.

Syariat Islam adalah penyelesai kepada kemelut ekonomi

Negara-negara umat Islam, khususnya negera-negara OIC perlu menjadi perintis kepada pelaksanaan sistem ekonomi bertepatan dengan roh syariat Islam yang berteraskan elemen ayat-ayat al-Quran tanpa sedikitpun terikat dengan mana-mana elemen sistem ciptaan manusia, kerana Islam menganggap ia sebagai cara untuk menghapuskan sistem-sistem yang dikenal pasti menindas kepentingan orang ramai.

Bagi menangani kemelut ekonomi yang dianggap menyusahkan banyak pihak khususnya orang awam, Islam telah meletakkan garis panduan untuk diikuti oleh seluruh peringkat individu di kalangan umat Islam, iaitu prinsip al-Quran yang menghubungkan naluri manusia dengan hukum syariat Allah SWT, ia dapat dijelmakan menerusi tiga perkara berikut:

1.                 Menyediakan kaedah membersihkan hati manusia daripada segala dosa, dengan meninggalkan segala aspek muamalat yang dianggap jijik oleh Islam.

2.                 Kaedah menambah-baik pengurusan harta dan cara pensuciannya daripada daki riba, faedah dan sebagainya.

3.                 Menjamin keharmonian hidup kepada setiap individu dalam bermasyarakat untuk memenuhi keperluan mereka dari sudut penggalakan pertumbuhan ekonomi bagi meneruskan agenda hidup harian terutama kepada golongan fakir, miskin dan mereka yang benar-benar perlu dibantu.

Islam memerangi jenayah dalam amalan berekonomi

Sejak awal-awal lagi Islam sebagai agama penyelesai kepada permasalahan hidup manusia, telah menyatakan sikapnya yang cukup tegas untuk memerangi apa sahaja bentuk tindakan atau perlakuan bersabit dengan perkara yang boleh menyekat pertumbuhan ekonomi.

Al-Quran yang menjadi teras keutuhan pertumbuhan ekonomi negara, masyarakat dan sebagainya, tampil dengan laungan larangan yang keras terhadap mana-mana individu yang terlibat dengan perlakuan negatif itu, justeru, Islam telah menggariskan beberapa tindakan berikut sebagai ancaman kepada kemajuan ekonomi:

1.                 Memakan/mengambil harta orang ramai dengan cara yang batil (tidak sah), kerana al-Quran menganggapnya sebagai satu perbuatan dosa dan mengeksploitasi harta/hak orang lain dengan cara paksa, ia adalah satu larangan dan jenayah yang mesti dijauhkan, firman Allah menerusi ayat 188, surah al-Baqarah maksudnya :  kamu makan (atau mengambil) harta (orang-orang lain) di antaraŸ"Dan janganlah  kamu dengan jalan yang salah, dan jangan pula kamu menghulurkan harta kamu (memberi rasuah) kepada hakim-hakim kerana hendak memakan (atau mengambil) sebahagian dari harta manusia dengan (berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui (salahnya)."

2.                 Mengambil dari wang riba, sesungguhnya Islam dengan jelas menyatakan bahawa tindakan itu adalah satu perbuatan yang mesti diperangi, kerana Allah SWT akan menimpakan siksaan yang keras kepada pelakunya, dan menganggapnya sebagai musuh Allah SWT, firman-Nya menerusi ayat 278-279 surah al-Baqarah, maksudnya : "Wahai orang-orang yang beriman! bertaqwalah kamu kepada Allah dan tinggalkanlah (jangan menuntut lagi) saki baki riba (yang masih ada pada orang yang berhutang) itu, jika benar kamu orang- orang yang beriman.Oleh itu, kalau kamu tidak juga melakukan (perintah mengenai larangan riba itu), maka ketahuilah kamu: akan adanya peperangan dari Allah dan RasulNya, (akibatnya kamu tidak menemui selamat). dan jika kamu bertaubat, maka hak kamu (yang sebenarnya) ialah pokok asal harta kamu. (dengan yang demikian) kamu tidak berlaku zalim kepada sesiapa, dan kamu juga tidak dizalimi oleh sesiapa."

3.                 Satu bentuk tindakan yang dianggap keji  oleh Islam ialah monopli sesuatu barangan, kerana ia disifatkan Islam sebagai satu perbuatan kotor dengan tidak menampakkan daya usaha gigih sesorang, cukup dengan mengaut keuntungan hasil usaha orang lain, sehubungan itu, baginda Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya : "Sesiapa yang memonopli sesuatu barangan, maka dia telah melakukan satu kesalahan, dan orang yang berslah itu berdosa dan bermaksiat kepada Allah SWT."

4.                 Menurut ahli fiqh Islam, sesiapa yang melakukan perbuatan itu, hendaklah dia bertaubat kepada Allah SWT, kerana tindakannya itu adalah satu jenayah, iaitu dengan menyorok barang keperluan seperti inyak, gula, gandum, beras dan sebagainya untuk dijual pada satu tempoh tertentu bertujuan untuk menaikkan harganya hingga tidak dapat dinikmati oleh golongan berpendapatan rendah atau sederhana, kekayaan hanya berkisar di kalangan mereka yang berada atau golongan kaya dan berada.

5.                 Jenayah rasuah berleluasa di kalangan segelintir individu yang berkepentingan, ia dianggap satu perbuatan yang boleh merosak dan merencatkan pertumbuhan ekonomi, rasuah juga adalah satu tindakan yang membawa kepada penganiayaan, penghakisan hak golongan berpendapatan rendah dan sederahana, malah yang lebih buruk lagi merosakkan nilai akhlak pelaku, sama ada yang memeberi ataupun yang menerima, sehubungan ini, baginda Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud : "Orang yang memberi dan menerima rasuah, kedua-duanya dalam api neraka."

6.                 Sektor perjudian dan penjualan arak juga adalah dianggap merosakkan sumber ekonomi sesebuah negara yang sudah pasti tidak akan diberkati Allah dalam segenap aktiviti yang berpunca daripada hasil kedua-duanya, kerana ia adalah punca sebenar yang dikenal pasti berpotensi membawa kepada permusuhan, hasad dengki dan sebagainya, akibatnya perancangan pertumbuhan ekonomi tidak mampu ditadbir dengan baik, firman Allah menerusi ayat 90-91 surah al-Maidah bermaksud : "Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa Sesungguhnya arak, dan judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan syaitan. oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya. Sesungguhnya Syaitan itu hanyalah bermaksud mahu menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu dengan sebab arak dan judi, dan mahu memalingkan kamu daripada mengingati Allah dan daripada mengerjakan sembahyang. oleh itu, mahukah kamu berhenti (daripada melakukan perkara-perkara yang keji dan kotor itu atau kamu masih berdegil)?".

7.                 Menipu juga disifatkan Islam sebagai punca kepada kemerosotan ekonomi negara, mengapa tidak? Jika seorang individu itu memanipulasi sistem kewangan atau pengeluaran barangan dengan tidak melakukan catatan hitam putih sebagai bahan bukti, maka akan berlaku penyelewengan yang merugikan produktiviti negara yang akan membawa kesan buruk terhadap orang ramai (rakyat), justeru, Islam memandang serius perbuatan itu dan pelakunya tidak dianggap sebagai sebahagian daripada umat Nabi Muhammad, sabda baginda yang bermaksud : "Sesiapa yang menipu bukan dari kalanganku."

8.                 Menyimpan barangan kemas/perhiasan tanpa dimanfaatkan atau menggunakannya, malah tidak mengeluarkan zakat daripadanya, dianggap sebagai satu perbuatan yang menghalang pemberian hak kepada yang memerlukan di kalangan asnaf yang lapan, Allah menegaskan dalam ayat 34-35 surah at-Taubah, maksudnya : "Dan (ingatlah) orang-orang yang menyimpan emas dan perak serta tidak membelanjakannya (mengeluarkan zakat) pada jalan Allah, maka khabarkanlah kepada mereka dengan (balasan) azab siksa yang tidak terperi sakitnya. (Iaitu) pada hari dibakar emas perak (dan harta benda) itu dalam neraka jahanam, lalu diselar dengannya dahi mereka, dan rusuk mereka, serta belakang mereka (sambil dikatakan kepada mereka): "Inilah apa yang telah kamu simpan untuk diri kamu sendiri, oleh itu rasalah (azab dari) apa yang kamu simpan itu."

9.                 Perniagaan pada barangan yang diharamkan Allah seperti arak, nombor ekor, dadah, candu yang membahaya kesihatan awam dan lain-lain juga adalah satu ketetapan jenayah yang mesti dibenteras segera oleh pihak berwajib, kerana ia adalah tindakan zalim terhadap orang lain.

10.            Pelacuran yang melibatkan anak-anak gadis yang suci dengan menjual tubuh badan mereka kerana mahu mengaut keuntungan segera adalah jenayah yang tidak boleh dimaafkan, kerana ia tindakan licik sesetengah pihak yang akhirnya memperolehi hasil yang sama sekali tidak diberkati Allah SWT dan menucar-kacirkan institusi masyarakat umat Islam yang sepatutnya menjadi sebaik-baik umat contoh kepada yang lain, Allah menjelaskan dalam ayat 33 surah an-Nur, maksudnya : "Dan janganlah kamu paksakan hamba-hamba perempuan kamu melacurkan diri manakala mereka mahu menjaga kehormatannya, kerana kamu berkehendakkan kesenangan hidup di dunia. Dan sesiapa yang memaksa mereka, maka sesungguhnya Allah - sesudah paksaan yang dilakukan kepada mereka - Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani."

11.            Hasil pandapatan dari pembinaan kafe-kafe maksiat, disko-disko, rumah-rumah urut yang bertujuan menyebar budaya songsang dan memberi perkhidmatan seks dipandang serius oleh Islam, kerana ia dianggap sebagai punca kemungkaran dan hilangnya keberkatan daripada Allah SWT, maka segala hasil daripadanya adalah haram, ia bertepatan dengan firman Allah 19, surah an-Nur, maksudnya : "Sesungguhnya orang-orang yang suka perbuatan buruk lagi keji di kalangan orang-orang yang beriman berlaku, mereka akan beroleh azab siksa yang tidak terperi sakitnya di dunia dan di akhirat; dan (ingatlah) Allah mengetahui (segala perkara) sedang kamu tidak mengetahui (yang demikian)."

12.            Kegiatan mencuri juga adalah salah satu jenayah yang boleh merugikan banyak pihak terutama kepada hasil pendapatan negara, negara akan terdedah dengan bencana jika menerima hasil pendapatannya daripada wang atau sumber kecurian, ia juga akan memporak-perandakan masyarakat, justeru, bagi yang terlibat dengan kegiatan mencuri secara terang atau tersembunyi dengan saksi-saksi yang adil, maka mereka perlu dihadapkan ke mahkamah untuk dipotong tangannya, itulah penyelesaian terbaik daripada Allah agar dapat mengurangkan penularan kegiatan tidak bermoral itu dalam masyarakat umat Islam,

firman Allah SWT menerusi ayat 38 surah al-Maidah:[6]

 

 maksudnya : "Dan orang lelaki Yang mencuri dan orang perempuan Yang mencuri maka (hukumnya) potonglah tangan mereka sebagai satu balasan Dengan sebab apa Yang mereka telah usahakan, (juga sebagai) suatu hukuman pencegah dari Allah. dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana."

Tambahan pula ,islam mengiktiraf kewujudan hak individu dalam pemilikan harta dan pada masa yang sama ia menerangkan bahawa Allah s.w.t adalah pemilik mutlak segala-galanya dan kepentingan masyarakat seharusnya didahulukan dari kepentingan individu.

Islam mewujudkan keseimbangan diantara kepentingan individu dan kepentingan masyarakat, disamping keduanya memaksimumkan pembangunan ekonomi.

Walaubagaimanapun , yang lebih penting lagi ialah hakikat bahawa pembangunan ekonomi tidak pernah bersifat kebendaan semata-mata.peringkat kerohanian dan moral telah diberikan kepentingan yang utama.

 

2.5 PERUNDANGAN

 

Fakta menunjukkan bahawa kelemahan masyarakat islam telah menyebabkan dirinya tidak mampu melaksanakan undang –undang islam. Masyarakat islam kini juga gagal mengembalikan islam kemasa kejayaannya sehingga cita-cita mereka selama ini belum berhasil.sulit bagi masyarakat islam mendapatkan kesepakatan dalam membuat undang-undang islam akibat dari perselisihan dan buruk sangka.untuk merealisasikan perundangan islam ,ulama’ islam diseluruh penjuru dunia harus mempunyai keikhlasan dalam menyeru umatnya untuk segera menciptakan undang-undang ini dan bersepakat  melaksanakanya.

 

Islam merupakan satu agama yang mempunyai prinsip keimanan yang tinggi kepada tuhan, mengasaskan sesebuah negara itu berdasarkan kekuasaan Allah s.w.t dan manusia pula ditugaskan sebagai khalifah. Amalan-amalan di dalam demokrasi anjuran Islam adalah merujuk kepada al-Quran dan sunnah[7]

 

Ketua paderi yang juga pemimpin tertinggi Gereja Anglickan Britain, Dr Rowan Williams dalam satu syarahan kepada pemimpin gereja di Royal Court of Justice, London pada 7 Februari lalu menyatakan sebahagian undang-undang syariah boleh disesuaikan dalam sistem undang-undang Britain pada masa akan datang tidak dapat dielakkan. Walaupun pandangan pemimpin gereja itu dikritik hebat, ketua paderi itu dengan tegas mempertahankan pendapatnya. Kenyataan beliau mendapat liputan media meluas di seluruh dunia.

Persoalan besar timbul ialah mengapa ketua paderi itu berani membuat kenyataan terbuka walaupun menyedari risiko besar mengenai kedudukan jawatannya. Kita percaya ketua paderi itu membuat kenyataan berani kerana beliau sudah membuat kajian teliti kelebihan undang-undang syariah yang mampu menjadikan kehidupan manusia lebih bertamadun.


Ahli sejarah British, Thomas Arnold, dalam buku The Call to Islam menyatakan kehadiran Islam di tengah masyarakat Arab pada suasana jahiliah bukan sekadar menggantikan budaya tradisi masyarakat Arab yang liar, tetapi membawa revolusi yang utuh dan sempurna bagi mewujudkan kehidupan kemanusiaan sempurna.

Pandangan tokoh cendekiawan Barat mengesahkan penjelasan al-Quran bahawa sesungguhnya Islam adalah agama yang sahih dan sempurna dan pada diri Muhammad itu teladan yang baik untuk diikuti manusia.

Allah berfirman yang bermaksud: “Sesungguhnya agama (yang benar dan diredai) di sisi Allah ialah Islam.” (Sirah ali-Imran, ayat 19)
Firman Allah lagi yang bermaksud: “Sesungguhnya bagi kamu pada diri Rasulullah itu model ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta dia pula banyak menyebut dan mengingati Allah.” (Surah al-Ahzab, ayat 21)

Penghayatan akhlak Rasulullah SAW adalah berlandaskan al-Quran dan menjadi sumber untuk menjadikan ummah lebih bertamadun. Tamadun amnya bermaksud mencapai kemajuan dalam kehidupan dengan menghayati sifat mulia serta bertanggungjawab kepada Allah di dunia dan akhirat.

Rasulullah SAW menterjemahkan pengajaran al-Quran melalui sunnahnya. Sunnah atau hadis itu menjadi sumber rujukan kedua umat Islam selepas al-Quran. Sunnah itu merangkumi perbuatan, ucapan dan pengakuan Rasulullah SAW ketika menjelaskan dasar dan pelaksanaan meliputi pelbagai isu berkaitan kehidupan manusia.

Allah menegaskan bahawa Rasulullah SAW menjelaskan ajaran Islam bukanlah dengan mengikut hawa nafsu atau pendapatnya sendiri, tetapi berlandaskan panduan wahyu.

Kekuatan sunnah Rasulullah SAW terletak pada dakwah bilhal (dakwah melalui keindahan peribadi dan tingkah laku) yang menjadi penggerak utama dan paling berkesan ketika berdakwah.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak yang terpuji.” (Riwayat Ahmad dan Baihaqi)

Gerakan dakwah bilhal inilah menghasilkan revolusi aqidah, sosial dan politik dalam masyarakat Arab jahiliah. Bagaimanapun, revolusi akidah menjadi unsur penting menjadikan ummah lebih bertamadun kerana mengikat umatnya bertanggungjawab kepada Allah di dunia dan akhirat.

Kejayaan Rasulullah SAW mengubah keseluruhan reka bentuk akidah jahiliah kepada akidah yang sahih dalam masyarakat Quraisy tanpa menggunakan kekuatan senjata dalam masa 13 tahun adalah satu keajaiban.

Berdasarkan analisis, teknik yang digunakan Rasulullah SAW ialah menggunakan pendekatan membina insan, pemikiran dan disertai dengan akhlak yang hebat. Ketika ini ada persaingan sengit antara Islam dengan pemikiran orientalis dalam percaturan mengubah reka bentuk tamadun dunia.

Tamadun Barat lebih menekankan pencapaian kemajuan kebendaan dengan bebas tanpa ada hukum halal dan haram. Peranan Tuhan dalam kehidupan mereka semakin dipinggirkan. Sebaliknya, lebih mempercayai kepada ahli falsafah atau orientalis berbanding pegangan kitab suci mereka.

Berdasarkan pemerhatian, walaupun Rasulullah SAW wafat pada 1429 Hijrah, tetapi pengaruh Baginda digeruni dan menghantui banyak pihak. Musuh Islam terus mengadakan kempen memburuk-burukkan Rasulullah SAW tanpa henti yang kelihatan mereka hilang kewarasan.

Bagi umat Islam kesegaran amalan sunnah dalam kehidupan memberi gambaran seolah-olah Rasulullah SAW masih hidup segar, terus memberi inspirasi kepada penegak Islam memperhebatkan tamadun manusia sejagat.

Ketika ini Barat memperkenalkan pelbagai konsep ideologi global seperti kapitalisme, komunisme, sosialisme, sekularisme, modenisme, liberalisme, pluralisme dan Islam Liberal yang semuanya cenderung ke arah menyeru manusia supaya menyisihkan Tuhan.

Sebahagian ideologi sesat ini yang muncul silih berganti sudah usang dan pupus ditelan zaman. Bagaimanapun, prinsip tamadun Islam terus kekal segar dalam keasliannya. Inilah kehebatan agama dan aqidah yang sahih.

Pada dasarnya pertembungan tamadun Islam dalam pelbagai aspek kehidupan dengan tamadun lain memang tidak dapat dielakkan. Pertembungan itu adalah kesinambungan pertembungan Nabi Adam AS dengan iblis.

Nabi Adam AS mewakili kumpulan penganut agama sahih. Manakala Iblis pula mewakili puak yang menentang syariat Allah dan puak yang menyisihkan Tuhan.

Hakikatnya, proses mentamadunkan ummah lebih cepat dan menjadi realiti apabila wujud persefahaman antara ketua organisasi dengan orang bawahan. Jika tindak tanduk pemimpin sendiri tidak bertamadun, dan gagal menghayati nilai peradaban yang murni, maka matlamat melahirkan umat bertamadun kurang berjaya.

Dengan demikian. setiap pemimpin, ketua masyarakat, ketua keluarga, dan ibu bapa hendaklah mempamerkan gaya hidup bertamadun untuk dijadikan ikutan orang bawahan atau orang yang dipimpinnya.

Firman Allah : [8]

 

 

Ertinya: dan hendaklah engkau menjalankan hokum diantara mereka menurut apa (hokum) yang telah diturunkan oleh Allah,dan janganlah engkau menurutkan hawa nafsu mereka dan berjaga-jagalah supaya mereka tidak memesongkan dari sesuatu hokum yang telah diturunkan Allah kepadamu.

 

Dengan adanya nas tersebut maka hak menentukan syariat hanya berada ditangan Allah,tidak ada  pada yang selain dia.dan didalam masyarakat islam berlaku ketentuan hokum yang telah disyariatkat sebagaimana yang telah disyariatkan oleh Allah.

 

 

 

3.0 CIRI-CIRI MASYARAKAT BERAKIDAH

        Sebuah masyarakat Islam ialah masyarakat yang merncerminkan cara-cara dan amalan hidup mereka selari dengan pengertian aqidah yang sebenar. Aqidah merupakan asas bagi suatu cara hidup yang lengkap, syumul (menyeluruh) lagi terperinci untuk membina masyarakt tersebut. Cara hidup demikian tidak mungkin wujud tanpa mempunyai asas yang kukuh. Sistem hidup yang ditegakkan di atas dasar-dasa lain daripada dasar ini bukanlah merupakan masyarakat Islam yang sebenar. Ini jelas dinyatakan oleh Allah dalam firman-Nya yang bermaksud:

        "....Sebenarnya hukum (yang menentukan amal ibadat) hanyalah bagi Allah. Ia memerintahkan supaya kamu jangan menyembah melainkan dia...."            (Surah Yusuf : 40)

        Masyarakat Islam mempunyai satu sifat  yang tersendiri. Penyelarasan segala urusannya akan tetap berlandaskan pengabdian diri kepada Allah S.W.T. sahaja. Sebagaimana yang telah digariskan oleh-Nya dalam al-Quran yang bermaksud:

        Katakanlah : "Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam. Tiada sekutu bagi-Nya, dan dengan yang demikian sahaja aku diperintahkan, dan aku (di antara seluruh umatku) adalah orang Islam yang awal pertama (yang berserah diri kepada Allah dan mematuhi perintah-Nya)."        (Surah Al-An'Am:162-163)

        Masyarakat Islam adalah masyarakat yang tidak bernaung di bawah sistem buatan manusia seperti Kapiatalisme, Librelisme, Pragmatisme dan sebagainya. Mereka yang mengamalkan sistem ini bererti mereka sudah tidak membulatkan pengabdian diri mereka kepada Allah S.W.T. di dalam sistem hidup mereka.

        Dalam Al-Quran juga Allah S.W.T. telah mengecam orang-orang Yahudi dan Kristian kerana perbuatan syirik. Ini adalah kerana mereka telah mematuhi padri-padri dan rahib-rahib mereka di samping Allah S.W.T.

        Rasulullah S.A.W. apabila ditanya oleh seorang sahabat tentang taktik dan cara mereka (orang-orang Yahudi dan Kristian) menyembah rahib-rahib mereka menjelaskan bahawa rahib-rahib dan padri-oadri mereka telah mengubah isi kandungan kitab yang diturunkan kepada mereka melalui utusan Allah S.W.T. Mereka menghalalkan yang haram dan mengharamkan yang halal, maka penyelewengan ini telah dipatuhi oleh penganut-penganut agama mereka. Oleh sebab itulah mereka dianggap telah menyembah padri-padri mereka dengan kerelaan dan kesetiaan mereka menerima penyelewengan tersebut.

 

 

 

3.1.MENGERJAKAN YANG MAKRUF DAN MELARANG YANG MUNGKAR

Menyentuh pelaksanaan amar ma’ruf dan nahi mungkar, umat Islam sememangnya terbahagi kepada dua titik ekstrim. Titik ekstrim pertama adalah mereka yang menelantarkan pelaksanaan amar ma’ruf dan nahi mungkar, sama ada kerana tidak tahu tentangnya, menganggap ia adalah urusan pemerintah semata-mata atau kerana terpengaruh kepada pemikiran hak asasi manusia (human rights) yang kini mula mendapat tempat sebagai agama terbaru dunia mutakhir. Pemikiran ini antara lain menerangkan bahawa melakukan yang baik (ma’ruf) atau yang buruk (mungkar) adalah hak masing-masing individu. Seseorang itu tak perlu campur tangan hak orang lain sama ada untuk menyuruh dia melakukan yang ma’ruf atau melarangnya daripada melakukan yang mungkar.

Pemikiran seperti ini bertentangan dengan ajaran Islam dan sesiapa sahaja yang memiliki pemikiran yang matang lagi luas, kerana mana-mana individu yang melakukan sesuatu yang ma’ruf atau mungkar atas dasar haknya yang tersendiri, lambat laun tetap akan memberi kesan kepada orang di sekelilingnya. Lebih merosakkan adalah fitrah manusia yang lebih cenderung kepada yang mungkar, dimana kemungkaran yang dilakukannya secara berseorangan lambat laun tetap akan memberi kesan negatif kepada orang di sekelilingnya secara khusus dan masyarakat secara umum.

Titik ekstrim kedua adalah mereka yang melaksanakan amar ma’ruf dan nahi mungkar, akan tetapi tanpa memerhatikan syarat-syaratnya. Mereka adalah orang-orang Islam yang sayangkan agama dan umatnya serta ingin mengembangkan yang ma’ruf dan menyusutkan yang mungkar di tengah-tengah masyarakat yang bergelombang dengan pelbagai cabaran luar dan dalam. Akan tetapi semangat mereka mendahului ilmu dan kematangan sehingga usaha mereka melahirkan hasil yang sebaliknya, yang ma’ruf tetap pada tahap yang minimum manakala yang mungkar tetap kekal atau malah bertambah lagi.

Untuk manfaat bersama, pada kesempatan ini saya ingin menerangkan syarat-syarat pelaksanaan amar ma’ruf dan nahi mungkar agar hasilnya lebih berkesan insya-Allah. Semoga dengan syarat-syarat ini, kita berada di pertengahan antara dua titik ekstrim di atas.

Syarat Pertama: Ikhlas

Pelaksanaan amar ma’ruf dan nahi mungkar hendaklah terlebih dahulu didasari dengan niat yang ikhlas. Amar ma’ruf dan nahi mungkar hendaklah dilaksanakan demi menjaga ketulenan agama Allah (Islam) serta kasih sayang kepada umat dan prihatin untuk membetulkan keadaan mereka. Dua tujuan yang terakhir ini adalah berdasarkan sifat Rasulullah sendiri:

Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang Rasul dari golongan kamu sendiri (iaitu Nabi Muhammad s.a.w), yang menjadi sangat berat kepadanya sebarang kesusahan yang ditanggung oleh kamu, yang sangat tamak (inginkan) kebaikan bagi kamu, (dan) dia pula menumpahkan perasaan belas serta kasih sayangnya kepada orang-orang yang beriman. [Maksud surah al-Taubah, ayat 128]

Tidak boleh melaksanakan amar ma’ruf dan nahi mungkar kerana ingin mempertayangkan kehebatan diri, merasa hebat dalam pakaian seragam, merendah-rendahkan orang dan sebab-sebab lain yang menjauhi keikhlasan.

Syarat Kedua: Berilmu

Pelaksanaan amar ma’ruf dan nahi mungkar hendaklah berdasarkan ilmu yang sahih. Perkara ma’ruf yang disuruh hendaklah sesuatu yang benar-benar ma’ruf dan perkara mungkar yang dilarang hendaklah benar-benar mungkar mengikut ukuran al-Qur’an dan al-Sunnah berdasarkan kefahaman generasi awal, iaitu al-Salaf al-Shalih. Tidak boleh menyuruh kepada sesuatu yang ma’ruf padahal ia adalah mungkar dan tidak boleh melarang sesuatu yang mungkar padahal ia adalah ma’ruf.

Satu contoh adalah sikap sebahagian umat Islam yang melarang interaksi atau perbincangan antara lelaki dengan wanita secara mutlak (ikhtilath). Larangan ini sebenarnya adalah tidak tepat kerana ikhtilath itu sendiri dapat dibahagikan kepada dua kategori, yang dibolehkan dan yang dilarang. Ia dibolehkan jika ikhtilath tersebut adalah perlu demi manfaat di sebaliknya dan faktor-faktor yang boleh mengakibatkan fitnah dielakkan. Ia dilarang jika ikhtilath tersebut adalah tidak perlu dan faktor-faktor yang boleh mengakibatkan fitnah dibiarkan.  

Sebagai contoh, di dalam al-Qur’an sedia diterangkan ikhtilath yang dibolehkan, sepertimana kisah Nabi Musa ‘alaihi salam dengan dua orang wanita dalam surah al-Qasas, ayat 23. Demikian juga kisah Nabi Sulaiman ‘alaihi salam dengan Puteri Balqis yang dirakamkan dalam surah al-Naml, ayat 44. Selain itu dalam Shahih al-Bukhari dan Muslim, diterangkan bagaimana seorang peniaga telah membuka gerai jualannya di bawah/tepi rumah Asma’ binti Abu Bakar, peristiwa isteri Abu Usaid as-Saidi yang menjamu Rasulullah dan para sahabat di majlis perkahwinannya sendiri serta kisah A’isyah yang merawat Bilal bersama ayahnya (Abu Bakar as-Shiddiq) ketika mereka berdua jatuh sakit saat berhijrah ke Madinah. Semua ini menunjukkan ikhtilath tidak dilarang jika ia dapat membawa manfaat dan dihindari apa-apa faktor fitnah di sebaliknya.

Syarat Ketiga: Keutamaan

Pelaksanaan amar ma’ruf dan nahi mungkar hendaklah mengikut prioriti keutamaannya. Dalam suasana jauhnya Islam dan umatnya daripada ketulenan al-Qur’an dan al-Sunnah serta banyaknya cabaran yang merosakkan agama dan umat, sama ada dari dalam atau dari luar, maka pelaksanaan amar ma’ruf dan nahi mungkar hendaklah disusun mengikut prioriti kepentingannya. Tidak boleh memberi tumpuan kepada isu-isu yang kecil padahal isu-isu besar yang lain terabai atau diambil alih oleh pihak yang menanganinya dengan cara yang tidak selari dengan petunjuk al-Qur’an dan al-Sunnah. 

Contoh isu besar yang terkini ialah bid’ah pemikiran Islam Liberal, bid’ah pemikiran pluralisme (semua agama adalah sama dan benar), bid’ah pemikiran feminisme (wanita hendaklah menjadi lelaki dan pada waktu yang sama membenci lelaki), bid’ah pemikiran hak asasi manusia (setiap manusia bebas melakukan apa yang dikehendakinya), masalah murtad, masalah orang yang membesar-besarkan isu murtad, penyakit aids, hubungan seks antara pelajar dan anak luar nikah. Isu-isu ini patut diberi prioriti di atas isu lafaz niat, doa qunut Subuh, tahlil dan talqin.

Memberi tumpuan kepada menghidupkan sunnah dan membasmi bid’ah termasuk dalam usaha amar ma’ruf dan nahi mungkar. Akan tetapi perlu dibezakan bahawa bid’ah itu sendiri terbahagi kepada dua kategori, iaitu bid’ah pemikiran dan bid’ah amalan. Antara kedua-dua kategori bid’ah ini, bid’ah pemikiran perlu diberi prioriti kerana ia lebih mengancam dan lebih berkesan dalam merosakkan Islam dan umatnya.

Lebih mengancam kerana ia mencemari asas-asas aqidah Islam itu sendiri (oleh kerana itu ia juga disebut sebagai bid’ah al-Iqtiqadiyyah) dan lebih merosakkan kerana ia dilancarkan secara bijak dan berleluasa oleh orang-orang yang memiliki pengaruh dan kedudukan dalam masyakarat. Sebaliknya bid’ah kategori kedua hanya merupakan amalan orang-orang awam yang kurang pengetahuan dalam agama tetapi memiliki keinginan untuk memperbanyak atau memperkemas ibadah mereka kepada Allah.

Orang-orang seperti ini, jika diberi nasihat dan didikan yang berhikmah, akan membetulkan amalan mereka daripada menokok tambah yang bid’ah kepada berpada-pada dengan yang sunnah. Setakat ini kelihatan usaha menghidupkan sunnah dan membasmi bid’ah banyak tertumpu kepada kategori amalan. Maka prioriti usaha ini perlu diubah kepada menghidupkan sunnah dan membasmi bid’ah dalam kategori pemikiran.

Syarat Keempat: Berwawasan

Pelaksanaan amar ma’ruf dan nahi mungkar hendaklah dengan memerhatikan hasil atau akibatnya. Iaitu: · Tidak boleh menyuruh satu perkara yang ma’ruf jika dengannya terhilang kema’rufan lain yang lebih besar atau dengannya terhasil kemungkaran yang baru. · Tidak boleh melarang satu perkara yang mungkar jika dengannya kemungkaran menjadi lebih besar, atau terhasil kemungkaran yang baru, atau dengannya terhalang kema’rufan yang lain. Semua ini adalah berdasarkan firman Allah yang bermaksud:

Dan janganlah kamu cerca benda-benda yang mereka sembah yang lain dari Allah kerana mereka kelak akan mencerca Allah secara melampaui batas dengan ketiadaan pengetahuan. [al-An’aam, ayat 108]

Pada zaman Rasulullah s.a.w., pernah seorang arab Badwi membuang air kecil di dalam masjid. Para sahabat bergegas melarangnya tetapi Rasulullah melarang mereka dan membiarkan Badwi tersebut menyelesaikan pembuangan air kecilnya. Setelah itu barulah baginda menegur Badwi tersebut dan memberi tunjuk ajar kepadanya. Dalam peristiwa di atas yang tercatit dalam Shahih Muslim (nombor 285), Rasulullah tidak secara terus melarang kemungkaran yang berlaku di hadapan matanya, di dalam masjidnya. Jika kemungkaran tersebut dilarang serta merta, akan berlaku kemungkaran lain yang lebih besar. Badwi tersebut mungkin cuba melarikan diri dan ini akan menyebabkan air kencingnya bertaburan di sekeliling masjid manakala auratnya akan dilihat oleh orang ramai. Atau badwi tersebut mungkin akan berhenti, menahan dirinya dari membuang air kecil dan ini akan membawa mudarat kepada kesihatannya.

Wawasan yang dimiliki oleh Rasulullah menyebabkan baginda tidak melarang kemungkaran yang dilakukan oleh Badwi tersebut serta merta kerana ia akan melahirkan kemungkaran lain yang lebih besar. Baginda hanya menegur setelah urusannya selesai manakala para sahabat disuruh oleh baginda untuk menyiram air di kawasan terbabit. Peristiwa di atas, sekali pun kecil, perlu dijadikan iktibar oleh kita semua. Hendaklah pengajarannya dipraktik dan diperluaskan kepada pelbagai senario yang kita hadapi masa kini. Pada pengamatan saya, syarat keempat inilah yang paling tidak diketahui atau diperhatikan oleh sesama umat Islam dalam rangka melaksanakan amar ma’ruf dan nahi mungkar.

Syarat Kelima: Berakhlak

Pelaksanaan amar ma’ruf dan nahi mungkar hendaklah melalui akhlak yang mulia. Memandangkan pada masa kini kurangnya perkara ma’ruf dan banyaknya perkara mungkar adalah kerana jauhnya umat Islam daripada agama mereka yang tulen, maka hendaklah akhlak mendidik (tarbiyah) dijadikan kaedah utama untuk melaksanakan amar ma’ruf dan nahi mungkar. Seterusnya akhlak mencela, menghukum dan memulau (boycot) ditinggalkan kerana ia tidak menghasilkan kema’rufan yang diingini, sebaliknya mengekal atau menambah lagi kemungkaran.

Termasuk dalam akhlak mendidik ialah bijak menyusun strategi agar pelaksanaan amar ma’ruf dan nahi mungkar menjadi berwawasan dan menepati sasarannya. Lazimnya akhlak mendidik dalam pelaksanaan amar ma’ruf dan nahi mungkar tidak akan menghilangkan perkara ma’ruf yang lain atau menghasilkan serta menambah perkara mungkar yang baru.

Syarat Keenam: Tidak Berprasangka atau Mengintip

Dalam rangka melaksanakan nahi mungkar, kita ditegah daripada berprasangka kepada orang lain, jauh sekali daripada mencari-cari kesalahannya. Tidak boleh bertindak atas laporan yang tidak dikenali kesahihannya. Tidak boleh mengintip dan memata-matai dalam rumah atau ruang hidup peribadi seseorang. Upaya melarang kemungkaran hanya dibolehkan jika ia berlaku secara jelas, tanpa syak, ragu atau dicari-cari. Syarat ini adalah berdasarkan firman Allah yang bermaksud:

Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang. [al-Hujurat, ayat12]

Justeru tindakan mengintip, memata-matai dan menyerbu ke dalam rumah atau ruang hidup persendirian perlu dihentikan. Sebaliknya hendaklah usaha pelaksanaan nahi mungkar ditumpukan kepada aktiviti yang berlaku dalam ruang terbuka dan tempat-tempat umum seperti kelab malam dan rumah urut. Pengecualian adalah terhadap kemungkaran yang bakal memberi kesan buruk lagi meluas kepada manusia dan harta benda, seperti aktiviti membuat bom atau merancang tindakan menggempar orang ramai (terrorisme). Dalam pengecualian ini, tindakan mengintip, memata-matai dan menyerbu ke dalam rumah atau ruang hidup persendirian dibolehkan.  

Syarat Ketujuh: Tidak Menghebahkannya

Jika seseorang itu secara jelas didapati melakukan kemungkaran, usaha untuk melarang kemungkaran tersebut hendaklah dilakukan tanpa mendedahkan identiti pelakunya. Hendaklah diberi teguran, nasihat dan peringatan secara tersembunyi. Tidak boleh mengumumkan kemungkaran dan identiti pelakunya sehingga diketahui oleh orang ramai. Tindakan ini dilarang keras oleh Allah dengan ancaman:

Sesungguhnya orang-orang yang suka dihebahkan (tuduhan atau berita) yang buruk dalam kalangan orang-orang yang beriman, mereka akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya di dunia dan di akhirat; dan (ingatlah) Allah mengetahui (segala perkara) sedang kamu tidak mengetahui (yang demikian). [Maksud surah al-Nur, ayat 19]

Pada masa kini, tindakan membawa orang yang didapati melakukan kemungkaran ke mahkamah perlu dikaji semula. Ini kerana tindakan tersebut akan mendedahkan identiti orang yang terbabit dan kemungkaran yang dilakukannya. Sekali pun yang mendedahkannya adalah pihak media, pihak yang diberi amanah melaksanakan amar ma’ruf dan nahi mungkar perlu memainkan peranan aktif untuk menutup identiti orang yang terbabit.

Demikian tujuh syarat yang perlu diperhatikan oleh setiap individu sebelum melaksanakan amar ma’ruf dan nahi mungkar. Setelah itu, hendaklah kita bersabar dalam menantikan hasilnya dan sabar dalam menerima cabaran-cabaran yang bakal timbul. Tidak boleh cepat putus asa atau hilang semangat sebagaimana pesan Luqman kepada anaknya

Wahai anak kesayanganku, dirikanlah sembahyang, dan suruhlah yang ma’ruf serta laranglah daripada yang mungkar, dan bersabarlah atas segala bala bencana yang menimpamu. Sesungguhnya yang demikian itu adalah dari perkara-perkara yang dikehendaki diambil berat melakukannya.” [Maksud surah Luqman, ayat 17]

 

3.2.UKHWAH FI’ALLAH

 

 

MUQADDIMAH

Konsep Ukhwah Islamiyyah ialah persaudaraan atau kasih sayang yang bermatlamatkan mardhatillah yang mana ianya merupakan kurniaan atau pemberian daripada Allah swt. Dia melontarkannya kepada hati-hati hambaNya yang ikhlas dan suci. Firman Allah swt [9] yang bermaksud:

“Dan Dialah yang menyatukan di antara hati mereka (yang beriman). Kalaulah engkau belanjakan segala (harta benda) yang ada di bumi, nescaya engkau tidak dapat juga menyatu padukan di antara hati-hati mereka, akan tetapi Allah telah menyatupadukan di antara (hati) mereka. Seungguhnya Ia Maha Kuasa lagi Maha Bijaksana” 

 

KEWAJIPAN DAN TANGGUNGJAWAB UKHUWWAH (PERSAUDARAAN):

 

Ukhuwwah atau persaudaraan di dalam Islam merupakan jalinan yang menghubungkan sebahagian dengan sebahagian Umat Islam yang lain. Ia merupakan ikatan rabbani - ikatan yang diikuti di atas dasar ketaatan kepada Allah - yang mengikat hati-hati mereka dan ia merupakan jalinan yang mendekatkan mereka kepada Allah s.w.t. Ukhuwwah merupakan ikatan keimanan yang paling kukuh sebagaimana yang dinyatakan oleh Nabi s.a.w:

“Sekuat-kuat ikatan iman ialah cinta dan berkasih-sayang kerana Allah dan marah juga kerana Allah”. (Hadis riwayat Imam Ahmad).

Di dalam ajaran Islam persaudaraan adalah satu tonggak yang menjadi tunjang kepada pembinaan sebuah masyarakat Islam yang kukuh dan sendi yang menghubungkan anggota masyarakat.

Harakah Islamiah sangatlah memerlukan agar ikatan persaudaraan yang dianjurkan oleh Islam ini diperkukuhkan sehingga ia menjadi seolah-olah satu bangunan yang tersusun rapi, satu anggota memperkuat satu anggota yang lain. Ianya seumpama satu jasad yang apabila satu daripada anggota jasad itu merasai sakit, maka seluruh anggota yang lain akan turut menanggung penderitaannya.

Bagi memastikan hak-hak dan kewajipan ukhuwwah ini dilaksanakan dengan sempurna dan berperanan dalam pembangunan jamaah, Islam telah menjelaskan cara-cara bagaimana hak-hak dan kewajipan tersebut dilaksanakan secara amali dengan memberi penekanan bahawa ia adalah satu tanggungjawab yang mesti dilaksanakan bukan sekadar ucapan di bibir atau teori semata-mata.

 

1. Ukhuwwah (yang terjalin di antara seorang mukmin dengan seorang mukmin yang lain) mestilah menjadi hubungan yang membawa mereka kepada ketaatan kepada Allah sebagai membenarkan sabda Rasulullah s.a.w yang menyatakan:

“Sesiapa yang Allah ingin kurniakan kebaikan kepadanya nescaya Allah mengurniakan kepadanya seorang teman setia yang salih, jika sekiranya dia terlupa (lalai) dia menolong memberi peringatan dan apabila (temannya itu) memperingatkannya ia akan menolongnya”.

Teman setia yang baik seperti inilah yang dimaksudkan oleh Sayidina Umar bin Al-Khattab r.a yang mengatakan:

“Engkau mestilah mencari saudara-saudara yang jujur dan hiduplah di kalangan mereka kerana mereka itu adalah perhiasan di waktu senang dan bekalan di waktu kesusahan”.


2. Di sudut kejiwaan pula, ukhuwwah merupakan satu keperluan kerjasama, turut merasai keperluan-keperluan saudara-saudara yang lain dan berusaha memenuhi keperluan tersebut sebagai menyahut tuntutan sabda Rasulullah s.a.w:

“Jika sekiranya seorang dari kamu berjalan bersama saudaranya dengan tujuan memenuhi keperluannya (dan baginda menunjukkan isyarat dengan jari-jari baginda) amalan itu lebih utama dari dia beriktikaf selama dua bulan di dalam masjidku ini”. (Hadis riwayat Al-Hakim dan dia mengatakan bahawa sanad-sanadnya sahih).

 

3. Persaudaraan juga adalah kerjasama di bidang kebendaan sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w:

“Sesiapa yang melapangkan seorang muslim dari satu kesusahan dunia nescaya Allah melapangkan untuknya satu dari kesusahan di akhirat. Sesiapa yang memudahkan seseorang yang berada di dalam kesusahan nescaya Allah akan memudahkan (urusannya) di dunia dan di akhirat dan sesiapa yang menyembunyikan rahsia seorang muslim nescaya Allah akan memelihara rahsianya di dunia dan di akhirat. Dan Allah sentiasa menolong seseorang hamba selama ia menolong saudaranya”.

 

4. Ukhuwwah adalah tanggungjawab kemasyarakatan yang merangkumi kewajipan-kewajipan yang ringkas. Sehubungan dengan perkara ini Rasulullah s.a.w bersabda:

“Hak seseorang Muslim ke atas seorang muslim yang lain ada enam perkara: (1) Apabila engkau bertemu dengannya hendaklah engkau memberi salam, (2) Apabila dia menjemputmu maka penuhilah jemputannya itu, (3) Apabila dia meminta nasihat hendaklah engkau memberi nasihat kepadanya, (4) Apabila dia bersin dan bertahmid maka hendaklah engkau lengkapkan dengan bertasymit, (5) Apabila dia sakit hendaklah engkau menziarahinya dan (6) Apabila dia meninggal dunia hendaklah engkau mengiringi jenazahnya”. (Hadis riwayat Muslim).

 

5. Ukhuwwah juga bererti kemesraan, kasih-sayang dan saling bantu-membantu. Berhubung dengan perkara ini Rasulullah s.a.w bersabda:

“Janganlah kamu saling memutuskan hubungan silaturahim, janganlah kamu saling belakang-membelakangi, janganlah kamu saling benci-membenci dan janganlah kamu saling hasad dengki. (Sebaliknya) jadilah kamu hamba-hamba Allah yang bersaudara. Tidak halal bagi seorang Muslim itu memulaukan saudaranya (yang mukmin) melebihi tiga hari”. (Hadis riwayat Imam Malik, Bukhari, Abu Daud, Tirmizi dan Nasaie).

Rasulullah s.a.w juga bersabda:

“Janganlah kamu memandang rendah terhadap sesuatu kebaikan, walaupun dengan cara bermanis muka ketika bertemu saudaramu (kerana itu juga satu kebaikan)”. (Hadis riwayat Muslim).

Rasulullah s.a.w juga bersabda:
“Setiap perkara kebaikan adalah sedekah. Sesungguhnya di antara perkara mitu ialah bermanis muka ketika bertemu saudaramu dan menolong memenuhi bejana saudaramu dengair”. (Hadis riwayat ).

Rasulullah s.a.w juga bersabda:
“Hendaklah kamu saling memberi hadiah kerananya kamu saling berkasih-sayang dan akan jauhlah permusuhan”. (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).

 

6. Ukhuwwah menurut ajaran Islam ialah keghairahan dan setia kerana Rasulullah s.a.w bersabda:

“Sesiapa yang mempertahankan maruah kehormatan saudaranya nescaya Allah akan menjaga wajahnya dari seksaan api neraka di hari kiamat”. (Hadis riwayat Tirmizi).

Baginda juga bersabda:

“Doa seorang saudara kepada saudaranya yang lain (sedangkan saudaranya itu tidak mengetahui doa tersebut) adalah doa yang pasti diperkenankan, di sisinya terdapat malaikat yang ditugaskan di mana setiap kali ia mendoakan kebaikan atau keselamatan untuk saudaranya, malaikat yang ditugaskan itu berkata: Amin dan bagimu seperti itu juga”. (Hadis riwayat Muslim).

 

SYARAT-SYARAT UKHWAH

 

a. Ukhwah yang dibina berlandaskan keihklasan kerana Allah swt. Ukhwah yang dibina berlandaskan keihklasan dan bebas dari sebarang elemen atau sifat kepentingan peribadi atau kerana kepentingan seseorang.

Imam Muslim telah meriwayatkan satu hadis di dalam sahihnya yang menceritakan soalan malaikat kepada seorang lelaki yang ingin menziarahi saudaranya di sebuah kampong.

Malaikat itu bertanya, “Ke mana kamu hendak pergi?”

Jawab lelaki itu, “Aku ingin menziarahi saudaraku di kampong ini”.

Malaikat itu bertanya lagi, “Adakah kamu mempunyai sebarang kepentingan di sana?”

Lelaki itu menjawab, “Tidak melainkan aku menyintainya kerana Allah.”

Kemudian malaikat itupun berkata, “Sesungguhnya aku adalah utusan Alah yang diutuskan oleh Allah kepadamu untuk menyatakan bahawa Allah menyintaimu sebagaimana sahabatmu keranaNya”.

 

b. Mestilah disertai dengan keimanan dan ketaqwaan kepada Allah swt.
Seseorang Muslim itu mestilah memilih sahabatnya yang soleh dan bertaqwa supaya dapat membimbing dan memberi tunjuk ajar kepada dirinya. Nabi Muhammad saw telah menjelaskan akan kepentingan memilih sahabat yang baik sebagaimana yang disabdakan Baginda yang bermaksud:

“Perumpamaan orang yang berkawan antara orang yang baik dengan orang yang jahat adalah seperti seseorang yang membawa minyak wangi dan seorang yang meniup dapur tukang besi. Orang yang membawa minyak wangi, mungkin dia akan memberikan kepadamu atau mungkin kamu akan membeli daripadanya dan mungkin kamu akan dapat bau yang harum daripadanya. Manakala orang yang meniup dapur tukang besi, mungkin beliau akan membakar pakaianmu, atau mungkin kamu akan mendapat bau yang tidak elok (daripada besi tersebut).”  (Muntafaq ‘Alaih)

Namun demikian, ia tidak beerti kita tidak boleh langsung berkomunikasi atau bersahabat amaada kepada golongan yang tidak baik atau kafir, tetapi di dalam konteks ini kita mestilah istiqomah agar tidak terjebak atau terpengaruh dengan sebarang keburukan. Sebaliknya kita yang menguasai situasi sebagai pendakwah. Contohilah ikan yang tidak masin isinya walaupun hidup di dasar lautan.

 

c. Mereka yang berukhuwwah mestilah melazimi diri dengan manhaj Islam.
Syarat yang seterusnya bagi mereka yang berukhwah ini mestilah melazimi diri mereka dengan peraturan ataupun manhaj Allah swt sebagaimana yang terdapat di dalam ajaran Islam. Sumber penyelesaian pertikaian ataupun masalah mesti dirujuk kepada al-Qur’an dan Sunnah Rasulullah saw. Sebagaimana Sabda Nabi saw yang bermaksud:

“Dan dua orang lelaki yang berkasih sayang kerana Allah, berkumpul keranaNya dan berpisah keranaNya”.

Jika disoroti kepada perjalanan hidup para sahabat, apabila mereka bertemu mereka tidak berpisah sehinggalah salah seorang daripada mereka membaca Surah al-Asr dan mengucapkan salam sesama mereka. Ini adalah di antara contoh yang menunjukkan bahawa mereka nerkasih sayang berteraskan manhaj Islam dan di atas dasar keimanan serta amal soleh.

 

d. Mempraktikkan amalan nasihat-menasihati.
Sebagaimana yang difirmankan oleh Allah swt di dalam Surah al-Asr:

“Demi masa, sesungguhnya manusia berada di dalam kerugian. Kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh. Dan mereka berpesan-pesan kepada kebenaran dan berpesan-pesan pada kesabaran (di atas kepahitan kebenaran)”

 

e. Ukhuwwah yang melaksanakan konsep saling tolong menolong samada dalam susah atau senang.
Di dalam Islam, persaudaraan adalah sesuatu yang teramat penting sebagai asas kepada perjuangan. Rasulullah saw dan juga para sahabat telah menunjukkan contoh yang terbaik di dalam membantu dan menolong sesama mereka. Mereka saling lengkap-melengkapi tidak kira dalam masa Nabi berada di Mekah ataupun tatkala Islam berkuasa di Madinah. Sabda Rasulullah saw yang bermaksud:

“Perumpamaan orang mukmin itu dalam perkara berkasih sayang dan saling cinta-menyintai adalah seperti sebatang tubuh. Apabila salah satu anggota tubunhnya berasa sakit, maka seluruh anggota tubuh yang lain turut merasai akan kesakitannya”  (Muntafaq ‘Alaih)

 

Hak-Hak Ukhwah


a. Memberi salam
b. Menjawab salam
c. Menziarahi sahabat yang sakit.
d. Mengiringi jenazah
e. Memenuhi undangan.
f. Mendoakan sahabat ketika bersin.
g. Menolong mereka yang dizalimi.
h. Memberikan perhatian kepada nasihat yang diberikan.
i. Menolong mereka yang kesusahan.

 

Selain itu Imam Al-Ghazali di dalam kitabnya Ihya’ ulum Al-Din telah menggariskan 8 perkara yang perlu ditunaikan dalam persaudaraan Islam:

 

1) Saling tolong menolong samada dalam keadaan senang ataupun susah. Sebagaimana Hadis Nabi saw yang bermaksud:
 “Perumpamaan dua orang yang bersaudara itu adalah umpama kedua-dua tangan yang mana salah satunya membasuh tangan yang lain”

2) Menolong saudara kita untuk menyelesaikan hajatnya sebelum diminta.
3) Diam atau tidak memperkata atau menyebarkan keaibannya samada semasa dia ada atau tidak dan tidak mencari-cari kesalahannya.
4) Menebarkan kebaikannya dan memanggilnya dengan nama yang baik. Saidina Umar pernah berkata: “tiga perkara, apabila kamu lakukan, maka akan terjalinlah kasih sayang; iaitu yang pertama, apabila bertemu mulakan salam, yang kedua; lapangkan tempat duduknya di dalam majlis dan yang ketiga panggillah dengan panggilan yang baik.
5) Nasihatilah dia dengan cara yang lembut sekiranya dia terlalai atau melakukan dosa.
6) Mendoakannya semasa hidup atau selepas kematiannya.
7) Menghormati semua rakan-rakan dan kaum kerabatnya. 8)Tidak memberati sahabat kita dengan apa-apa yang boleh menyusahkannya.

 

KESATUAN AQIDAH

 

Ia merupakan faktor terasas dalam pembentukan Wahdatul Amal dan Wahdatul Fikr. Tumpuan utama dalam menyatupadukan Aqidah ialah dengan mentauhidkan Allah kerana tuntutan tauhid adalah bertunjangkan Rububiyyah dan Uluhiyyah. Tauhid yang diimani inilah yang menjadi asas kefahaman yang jelas seterusnya melahirkan amal Islami yang ikhlas. Firman Allah swt yang bermaksud:

“Tidak ada paksaan di dalam (memasuki) agama (Islam). Sesungguhnya telah jelas jalan yang benar dan yang sesat. Kerana itu, barangsiapa yang ingkar kepada taghut lalu mereka beriman kepada Allah, seungguhnya mereka telah berpegang kepada tali Allah yang amat kuat dan tidak akan ia putus. Dan Allah itu Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui”  (al-Baqarah : 256)

Berdasarkan Sirah Rasulullah saw, baginda pada permulaannya telah menjalankan usaha memperbetulkan aqidah masyarakat daripada kekotoran syirik dan kufur kea rah mengesakan Allah bagi mencapai kesatuan ummah. Manakala menurut Hassan al-Banna pula, beliau mengelakkan daripada berlaku perpecahan dengan memberikan kefahaman yang jelas dan menutup pintu penyelewengan.

KESATUAN AMAL DAN MATLAMAT

Hasil daripada kesatuan fikrah dan kefahaman, maka akan lahirlah kesatuan amal dalam jemaah kea rah matlamat yang satu. Apa yang paling penting dalam merealisasikan kesatuan amal dan matlamat adalah wala’ dan taat yang mutlak kepada Allah, Rasul dan ketaatan kepada jalan yang benar kepada pimpinan. Segala yang diputuskan oleh pimpinan perlu ditaati selagimana ia tidak bercanggah dengan syariat. Keingkaran kepada perkara tersebut dan saling merasa hebat akan mewujudkan perpecahan dalam jemaah biarpun wujudnya kesatuan fikrah di dalamnya.

Hassan Al Banna di dalam Risalah Ta’lim menganjurkan kepada Amal Islami yang serius. Menurut beilau, umat Islam apabila sibuk dengan amali, perdebatan akan berkurangan. Apabila umat Islam itu akan ditimpa kelemahan dan kemunduran serta kelunturan semangat ahli sekiranya mereka hanya sibuk berdebat yang akhirnya mewujudkan perpecahan.

Kesan daripada tiadanya amal dan system di dalam gerakan Islam dan dakwah, kita dapati banyak kumpulan yang mendakwa mereka sebagai badan Islam dan dakwah, sedangkan cara yang dilakukan adalah bertentangan dengan syara’. Oleh itu, tidak harus bagi sesiapa untuk samaada menyertai atau menyokong jalan tersebut walaupun matlamatnya adalah untuk Islam (matlamat menghalalkan cara).

Jalan atau cara yang perlu dilalui oleh anggota jamaah dan ahli gerakan dakwah ialah:

a. Iman yang mendalam.
b. Kefahaman asas yang mantap.
c. Pembentukan dan perancangan yang rapi.
d. Bekerja dan beramal dengan berterusan dan ikhlas.

Manakala matlamat umum jamaah Islam adalah untuk mendapatkan Mardhatillah dengan berusaha melaksanakan tugas mendaulatkan Syariat Islam sebagai sebuah kuasa yang memerintah. Daulah Islamiyyah yang dimaksudkan adalah yang berteraskan ajaran Tauhid bukannya dari pemikiran Orientalis atau golongan Sekular dan ia menjadi kewajipan kepada setiap individu muslim.

 

 

 

3.3.MASYARAKAT DIBERKATI

 

Semua orang mengakui, bahawa Islam adalah agama persaudaraan, perpaduan dan silaturrahim atau agama yang saling menghubungkan kasih sayang sesama Islam, saudara, keluarga dan juga sesama manusia. Islam agama yang mengatur manusia cara hidup yang terbaik, hidup bersaudara, bersilaturrahim dan bersefahaman. Ini berdasarkan anjuran dari al-Qur'an dan juga Hadith-hadith Nabi s.a.w. Antaranya di dalam al-Qur'an Allah s.w.t ber-firman :

Maksudnya :

"Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu, dan bertaqwalah kamu kepada Allah s.w.t supaya kamu beroleh rahmat".
(S. Al-Hujuraat : 10).

Sebuah Hadith Nabi s.a.w turut menegaskan ketika ditanya tentang manusia yang terbaik, dalam sabdanya yang bermaksud :

"(Orang yang terbaik di antara mereka) ialah orang yang paling bertaqwa kepada Allah s.w.t. Dan orang yang paling erat hubungan silaturrahimnya (sesama keluarga atau saudaranya). Dan orang yang paling banyak mengajak kepada kebaikan serta orang yang paling banyak dalam melarang berbuat kemungkaran". (HR At-Thabrani).

Inilah asas hidup bersilaturrahim atau bersaudara dalam Islam. Manusia tidak boleh hidup bersendiri tanpa keluarga, kawan, sahabat, jiran dan masyarakat. Masyarakat atau umat yang tidak mementingkan hubungan silaturrahim adalah masyarakat yang tempang, tiada kekuatan dan jauh dari keberkatan di sisi Allah s.w.t.

Hidup bersilaturrahim atau saling kasih-mengasihi sesama Islam, keluarga, sahabat, jiran dan sesama manusia itu lebih banyak mendatangkan kebaikan dan merupakan hubungan yang membawa keberkatan hidup dan rezeki, membina keharmonian keluarga, sahabat, kejiranan dan juga masyarakat lebih besar lagi membentuk per-paduan dan harmoni masyarakat di desa, bandar sehingga boleh berkembang lebih baik dalam membentuk satu negara atau ummah yang kuat dan mantap. Kerana Nabi s.a.w. pernah mengingatkan betapa besarnya manfaat hidup bersilaturrahim itu, sabdanya yang bermaksud :

"Orang-orang yang mengasihani (orang lain) akan dikasihani Tuhan Yang Maha Pemurah. Sesiapa yang tidak mengasihani (orang lain), dia tidak akan dikasihani Tuhan".

Dalam Hadith yang lain pula, Nabi s.a.w. menjelaskan bahawa akibat memutuskan hubungan silaturrahim itu adalah neraka atau tidak akan masuk syurga Allah s.w.t. Ini bersandar kepada mafhum sabda Baginda Nabi s.a.w. yang bermaksud :

"Orang yang memutuskan hubungan silaturrahim (hubungan kekeluargaan) tidak akan masuk syurga". (HR Bukhari).

 

Teramat banyak sekali amalan-amalan yang dianjurkan dan disunnahkan dalam Islam bagi tujuan menghidupkan atau menyu-burkan kehidupan silaturrahim dan bersaudara itu. Antaranya ialah menyebarkan atau saling memberi ucapan salam, bermaaf-maafan, kunjungan atau ziarah-menziarahi, memberi hadiah, bertegur sapa, bermuka manis, memelihara hubungan kekeluargaan/persaudaraan secara baik seperti menutupi cacat cela atau aib sesama saudara, jangan hanya nampak aib saudara tapi lupa aib dan kekurangan sendiri. Dan juga hendaklah menjauhi serta mengelak diri dari segala bentuk persengketaan, permusuhan, sifat-sifat keji hasad dengki, buruk sangka atau putus-memutus hubungan silaturrahim atau persaudaraan. Kerana perintah Allah s.w.t, Rasul-Nya dan ajaran Islam, sebagaimana sabda Baginda Nabi s.a.w. dari Anas bin Malik yang bermaksud :

"Jangan bersifat dendam, jangan dengki-mendengki, jangan bermusuh-musuhan. Hendaklah kamu jadi hamba Allah s.w.t yang bersaudara. Dan tidak dihalalkan bagi seorang Islam meninggalkan saudaranya (tidak menegurnya) lebih dari tiga hari". (HR Muslim).

Dalam al-Qur'an Allah s.w.t. pula mengingatkan bahawa umat Islam hanya akan bersatu atau boleh hidup dalam keadaan rukun damai bersilaturrahim dan bersaudara, bila umat Islam berpegang kuat dengan ajaran Islam. Firman-Nya yang bermaksud :

"Dan berpegang teguhlah kamu kepada tali Allah s.w.t (Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai... (S. Ali 'Imran: 103).

Kesimpulannya, hidup bersilaturrahim dengan cara hubung-menghubungkan tali persaudaraan, saling ziarah-menziarahi, bantu-membantu, tegur-menegur, mengucap salam, bersefahaman, jemput-menjemput ke majlis kenduri, kahwin, majlis doa kesyukuran kelahiran cahaya mata, memberi hadiah, menjamu atau berkenduri-kendara dan sebagainya adalah antara amalan yang menyuburkan silaturrahim dan persaudaraan sesama keluarga dan Islam. Ketahuilah, amalan ini adalah suatu yang memang disyariatkan dalam Islam. Dan setiap amalan yang disandarkan kepada Islam atau berdasarkan ketentuan syariat Islam pasti ia akan diganjari pahala di sisi Allah s.w.t, dan ia juga merupakan satu ibadah.

Satu lagi, umat Islam hendaklah bijak memisahkan antara amalan adat dengan ibadat. Amalan jimat dengan membazir ketika mengadakan majlis-majlis perkahwinan, kenduri kesyukuran kelahiran cahaya mata, majlis khatam al-Qur'an, kenduri arwah dan sebagainya. Sehingga kita sekadar membesar-besarkan yang sunat, tetapi terlupa yang wajib atau melihat kecil perintah yang wajib. Semoga kita dapat sama-sama menerapkan ajaran Islam secara lebih baik dan berkesan dalam kehidupan kita, keluarga, rumahtangga, anak-anak dan masyarakat Islam seluruhnya. Kerana Islam itu adalah agama tertinggi, mudah dan terbaik bagi orang-orang Islam dan beriman. Maka marilah kita menggunakan ajaran Islam ini dalam kehidupan kita seharian dan bersilaturrahim, insya-Allah s.w.t hidup kita akan lebih diberkati dan dilimpahi rahmat Allah s.w.t. Kemudian dapatlah dipastikan bahawa jaminan Allah s.w.t. bagi orang-orang yang saling bersilaturrahim itu ialah syurga-Nya.

Cara untuk mendapatkan keberkatan dari Allah SWT adalah seperti berikut:

1. Bersyukur atas apa yang diberikan oleh Allah SWT
2. Belanjakan harta kejalan yang diredhai Allah SWT
3. Berusaha untuk mendapatkan rezeki yang halal
4. Keluarkan sedekah wajib (zakat) jika sampai nisab dan berikan sedekah sunat kepada orang miskin dan anak yatim
5. Bersedekah kepada anak yatim/orang miskin kalau boleh setiap hari InsyaAllah akan diganti oleh Allah SWT tanpa kita sedari
6. Ikhlaskan pemberian /sedekah hanya kepada Allah SWT bukan mengharapkan pujian dan sebagainya. Sedekah mulakan dengan keluarga sendiri dahulu selepas itu barulah kepada jiran-jiran dan orang yang lebih jauh. Jangan anggap pemberian itu hak kita sebenarnya dalam harta kita ada hak mereka.
7. Hulurkan pemberian sunat secara rahsia. tetapi pemberian wajib (zakat) perlu diberi secara terang sebagai menegakkan syiar Islam.
8. Berikan sesuatu yang kita sayangi.
9. Cari harta dunia untuk dijadikan bekalan akhirat.
10. Amalan yang diberkati ialah hasil titik peluh sendiri dan juga melalui jualbeli (perniagaan).

 

 

4.BERMUAFAKAT

Adalah sesuatu yang asas dalam pemerintahan Islam bahawa urusan pengendalian negara perlu disandarkan kepada semangat syura. Allah s.w.t. berfirman dengan maksud:

"Bermusyuaratlah dengan mereka dalam urusan-urusan" (Ali `Imran: 159)

Dan dalam ayat lain Allah s.w.t. berfirman dengan maksud:

"Dan (bagi) orang-orang yang menerima (mematuhi) seruan Tuhannya dan mendirikan solat, sedang urusan mereka (diputuskan) dengan bermusyawarat antara mereka" (Asy-Syuura: 38)

Kedua, Islam menuntut pemerintah berusaha dengan ikhlas dan bijaksana menghasilkan pencapaian kebajikan rakyat dalam negara. Menepati perutusan Nabi s.a.w. kepada umat manusia di mana risalahnya perlu menjana kebajikan kepada masyarakat manusia dan alam sejagat, pemerintah sesebuah negara perlu meneruskan perjuangan Rasulullah s.a.w. tersebut. Ini turut termasuk usaha ke arah pencapaian "kehidupan sempurna" (hayat tayyibah), meningkat keselesaan hidup, meminimakan kesusahan, menjana pertumbuhan ekonomi, memupuk budaya penyayang dan bermuafakat, berusaha mengurangkan keruntuhan akhlak, membasmi kemiskinan, menghapus ketakutan dan tekanan jiwa rakyat.

Rasululullah s.a.w dalam memperingati gulungan pemimpin masyarakat dan negara pernah bersabda dengan maksud:

"Seseorang pemerintah yang bertanggungjawab terhadap kebajikan orang Muslim tetapi tidak dengan ikhlas berusaha untuk memenuhi kebajikan mereka tidak akan memasuki syurga". (Sahih Muslim)

Saidina Omar Al-Khattab r.a, Khalifah Islam kedua pernah menulis surat kepada Abu Musa, Gabenor sebuah Wilayah dengan maksud berikut:

"Seorang pemerintah yang baik adalah di mana di bawah kepimpinannya, masyarakat berada pada keadaan yang senang dan makmur dan pemimpin yang buruk ialah di mana di bawah kepimpinannya rakyat berada dalam keadaan menderita". (Kitab al-Kharaj)

Dari kedua-dua asas penting pemerintahan Negara mengikut Islam jelas kepada kita bahawa Kepimpinan negara wajib memberi perhatian yang bersungguh-sungguh kepada sistem pentadbiran dan pengurusan negara yang diasaskan kepada semangat syura dan sekaligus bermatlamat untuk mencapai pembangunan negara dalam ke semua aspek keperluan rakyat termasuk kerohanian dan kebendaan dalam acuan yang sepadu.

Pembangunan negara mengikut Islam dengan itu adalah satu proses usaha untuk menyusun (bersifat proaktif) sesebuah masyarakat atau negara oleh sesebuah pemerintahan ke arah memaju dan meningkatkan mutu hidup rakyat di peringkat individu dan bermasyarakat. Justeru itu, dalam merancang pembangunan negara aspek yang perlu di bangun untuk manusia hendaklah difahami terlebih dahulu. Memenuhi keperluan manusia dalam usaha membangun negara adalah sesuatu

 

 

3.5.TIDAK MENGENAL PERPECAHAN



Islam mula masuk ke Sepanyol pada 92 H di bawah kepemimpinan panglima Tariq bin Ziyad, Musa bin Nusair dan Abdul Aziz bin Musa. Selepas kemasukan mereka melalui Jabal Tariq (Gibral Tar) pd tahun itu, Sepanyol beransur-ansur muncul menjadi sebuah negeri yg makmur. Islam sudah menerangi Sepanyol dan oleh kerana sikap penguasa Islam begitu baik dan rendah hati, maka ramai orang Sepanyol yg tulus dan ikhlas memeluk Islam. Mereka bukan hanya beragama Islam, namun mereka sungguh-sungguh mempraktikkan kehidupan secara Islam. Mereka tidak hanya membaca al-Quran malah bertingkah laku berdasarkan al-Quran. Keadaan tenteram seperti itu berlangsung hampir 6 abad lamanya.

Penguasa dan pemimpin Islam pd masa itu sangat berwibawa dan digeruni.
Bagaimanapun, selama Islam berada di Andalus berabad-abad lamanya itu, mereka tetap di keliling orang kafir Sepanyol yg sedia menanti utk menghapuskan Islam di negara itu, namun mereka selalu gagal. Beberapa kali dicuba tapi selalu tidak berhasil. Mereka kemudian menghantar perisik utk mengkaji kelemahan umat Islam di Sepanyol. Akhirnya perisik itu menemui cara utk menakluki Islam di Sepanyol, iaitu melemahkan iman mereka dgn serangan pemikiran dan budaya.

Mereka secara senyap menghantar arak dan rokok secara percuma ke wilayah Sepanyol. Muzik diperdengarkan utk memujuk kaum mudanya agar lebih suka menyanyi dan menari drpd membaca al-Quran. Mereka juga mengirim sejumlah ulama palsu yg kerjanya meniupkan perpecahan di kalangan umat Islam Sepanyol. Akhirnya usaha mereka membuahkan hasil apabila satu persatu daerah di Sepanyol jatuh.


Di samping itu, antara punca lain yg membuat Andalus hilang drpd peta sejarah umat Islam adalah perbalahan dan permusuhan sesama sendiri antara mereka sehingga menjadi lebih daripada 20 puak yg mempunyai negeri sendiri. Antaranya Bani Jahur, Bani ‘Ibad, Bani al-Aftas, Bani Nun dan lain-lain. Dgn wujudnya ramai puak ini, mudahlah musuh Islam di Andalus merebut kembali tanah mereka krn mereka mengetahui kelemahan umat Islam. Apa yg menyedihkan ada umat Islam yg menjual agama dan negara demi kepentingan peribadinya.

800 tahun bukan masa yg singkat. Selepas umat Islam ‘menghidupkan’ Sepanyol dan menjadikannya bangsa yg bertamadun, berbanding bangsa lain di Eropah, akhirnya ia seolah-olah tidak pernah wujud di negara itu? Peristiwa ini amat menyedihkan bagi umat Islam sepanjang zaman. Sepanyol sekarang bukan Sepanyol dahulu. Sepanyol hari ini bukanlah Andalus pd satu masa dulu.
Sebenarnya musuh Islam dan umatnya tetap satu. Dari dulu hingga sekarang musuh Islam tetap ada, cuma ia berbeza orang dan jenteranya. Mereka tetap ingin melenyapkan Islam sedapat mungkin dga apa juga cara. Dgn mengambil contoh Andalus yang hilang dan mencari sebab kehilangannya termasuk kelemahan akidah dan terlepas drpd jalur yg lurus, permusuhan sesama sendiri, berpihak kpd bukan Islam, kesenangan yg tidak terkawal dan kecintaan terhadap dunia, tidak mustahil ia juga akan berlaku di mana-mana.

 

'Perpaduan' lawannya 'perpecahan'. Al-Quran menjelaskan hukum mewujudkan perpaduan

(ali-Imran: (3): 103):

 ''Berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam) dan janganlah kamu berpecah belah (kerana bermusuhan dan bersengketa sesama sendiri)''.

Di dalam ayat lain (al-Anfal: 46)

 al-Quran menyebut: ''Taatlah Allah dan Rasul-Nya dan tinggallah perkara-perkara yang membuatkan berpecah belah dan juga yang menyebabkan perselisihan (di kalangan kamu umat Islam) kerana yang demikian (perpecahan dan perselisihan yang membawa perpecahan)

Penjelasan maksud ayat 103 di dalam surah ali-Imran dan ayat 46 di dalam surah al-Anfal serta penjelasan al-Syatibi tentang pemahaman hukum 'wajib' atau 'larangan', semua itu membuktikan bahawa hukum membina perpaduan dan memeliharanya adalah wajib. Begitu juga masalah perpecahan kaum dan perselisihan faham yang menjejaskan perpaduan, semuanya wajib diatasi dengan cara yang berkesan.

Islam menetapkan bahawa semua umat manusia adalah berasal dari satu keturunan.mengenai hal ini Allah telah berfirman:[10]

 

 

Ertinya:wahai sekalian umat manusia,bertakwalah kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu dari diri yang satu(Adam) dan yang menjadikan daripadanya (Adam) itu pasangannya,dan juga membiakanya dari dua keturunannya lelaki dan perempuan yang ramai dan bertakwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-yebut namanya , serta peliharalah hubungan kaum kerabat kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhatikan kamu.

 

Dengan ajaran-ajaran yang jelas dan tegas itu islam telah berjaya menlenyapkan fahaman masyarakat yang berdasarkan perbezaan kasta dan kelas,fahaman-fahaman yang zalim dan menghina kehormatan manusia.dengan ajaran itu pula islam berjaya menghancurkan sama sekali kaedah social yang memandang kehormatan manusia berdasarkan kedudukan dan kasta.

 

 

 

 

3.6 BERJIHAD FISABILLILAH

 

Jihad berasal dari kata jahada-yajhadu-juhdan yang maknanya kesukaran, daya dan tenaga yang dicurahkan untuk mencapai sesuatu baik dengan lisan atau perbuatan. Jalan Allah dalam Bahasa Arab disebut sabilullah yang berarti setiap perbuatan yang ikhlas yang dilakukan seorang muslim dengan tujuan mendekatkan diri kepada Allah. Sebagian ulama mendefinisikan jihad sebagai : mengerahkan daya upaya dalam memerangi kaum kafir setelah mengajak mereka masuk Islam dan enggan membayar jizyah (pajak).

 

 Pengertian inilah yang dimaksud dalam konteks Islam dari makna jihad yang terdapat dalam al-Qur'an dan hadis-hadis Rasulullah. Namun tidak selamanya jihad diartikan sebagai perang melawan kaum kafir dalam bentuk fisik. Tetapi jihad dalam arti yang lebih luas mencakup semua aspek dan daya seorang muslim dalam menghadapi musuh-musuhnya untuk mencapai cita-cita yang digariskan oleh al-Quran. “Musuh-musuh” yang dimaksudkan di sini adalah meliputi musuh dari dalam manusia itu sendiri seperti jihad melawan jiwa kita dengan membersihkannya dan menyucikan hati dari sifat-sifat yang rendah dan keji untuk diisi dengan sifat-sifat yang mulia dan terpuji; jihad melawan setan dengan melawan bisikannya di dalam hati yang senantiasa mengajak melakukan perbuatan maksiat dan mungkar.

 

·                                
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِذَا لَقِيتُمُ الَّذِينَ كَفَرُوا زَحْفًا فَلَا تُوَلُّوهُمُ الْأَدْبَار. وَمَنْ يُوَلِّهِمْ يَوْمَئِذٍ دُبُرَهُ إِلَّا مُتَحَرِّفًا لِقِتَالٍ أَوْ مُتَحَيِّزًا إِلَى فِئَةٍ فَقَدْ بَاءَ بِغَضَبٍ مِنَ اللَّهِ وَمَأْوَاهُ جَهَنَّمُ وَبِئْسَ الْمَصِيرُ

"Hai orang orang yang beriman apabila kamu bertemu dengan orang orang yang kafir yang sedang menyerangmu maka janganlah kamu membelakangi mereka (mundur)". (al-Anfal 15)



Allah berfirman dalam surat as-Shaff yang bunyinya, ''Kamu beriman kepada Allah dan Rasul-Nya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu. Itulah yang lebih baik bagimu jika kamu mengetahui. Niscaya Allah akan mengampuni dosa-dosamu dan memasukkan kamu ke dalam surga yang mengalir dibawahnya sungai-sungai dan memasukkan kamu ke tempat tinggal yang baik di dalam surga dan itulah keberuntungan yang besar". (as-Shaff, 11-12)

Seorang sahabat bertanya kepada Rasulullah, "ya Rasulullah, tunjukilah kepadaku suatu amal yang dapat menandingi jihad'. Rasulullah menjawab, "saya tidak mendapatkannya". Kemudian beliau berkata, "apakah kamu sanggup ketika mujahid pergi untuk berperang lantas kamu masuk masjid sehingga kamu melaksanakan shalat tanpa merasa letih dan berpuasa tanpa berbuka hingga dia kembali?". Sahabat menjawab, "siapa yang sanggup melakukan hal itu?". (HR. Bukhari, 6/2785).

Masyarakat islam seharusnay menyedari sekiranya tidak ada kuasa yang mampu menghapuskan kejahatan dimuka bumi ini, kehidupan umat manusia tentu lemah dan mundur.oleh itu umat islam hendaklah menyedari tanggungjawab dan peranannya ditengah kehidupan.umat islam mengetahui kebenaran yang telah dijelaskan oleh Allah dan telah mengetahui jalan yang menuju kebenaran itu.

 

Masyarakat islam yang mementingkan akidah yang benar seharusnaya sedar bahawa mereka tidak akan terhindar dari azab ilahi,kecuali jika mereka bersama-sama menunaikan tugas dan kewajipan yang mulia ini.

 

SEORANG Muslim yang tidak memiliki semangat dakwah dan jihad bagi memperjuangkan agama, sebenarnya sedang mengalami krisis jati diri dan identiti Muslimnya. Untuk apa semua yang diusahakan, harta dikumpul, ilmu dikuasai, jawatan direbut dan dunia yang berhasil digenggam jika tidak dimanfaatkan untuk agama Allah? Seandainya seseorang sudah memiliki segala-galanya kemudian tiba-tiba dia mati tanpa memperjuangkan agama, maka alangkah sedikit bekal dan payahnya kehidupan yang mesti dilalui selepas mati kelak. Sia-sia saja visi dan misi hidupnya di dunia. Saat itu sedarlah ia yang kembali miskin seorang diri di alam barzakh. 

Sesungguhnya kejayaan yang hakiki bermula daripada satu niat meninggikan kalimah Allah. Sedangkan apa yang diusahakannya selama ini untuk dunia semata-mata demi kepuasan nafsu belaka. Kebangkitan Islam sering diperkatakan tetapi realitinya generasi Islam kini sudah mengalami serangan duniawi yang sedikit sebanyak mempengaruhi kejiwaan, pemikiran dan sikap mereka. Mentaliti Muslim yang hilang semangat memperjuangkan agama semakin parah di tengah-tengah umat.

Tidak kira golongan mana pun, jika umat meninggalkan dakwah dan jihad di jalan Allah, maka tunggu kehancuran seperti ditegaskan dalam firman-Nya bermaksud: 

"Wahai orang beriman, apakah sebabnya apabila dikatakan kepadamu: Berangkatlah (untuk berperang) pada jalan Allah, kamu merasa berat dan ingin tinggal di tempatmu? Apakah kamu lebih suka dengan kehidupan di dunia sebagai ganti kehidupan di akhirat? Padahal kenikmatan hidup di dunia ini (dibandingkan dengan kehidupan) di akhirat hanya sedikit. Jika kamu tidak berangkat untuk berperang, nescaya Allah menyeksa kamu dengan seksa yang pedih dan Dia menggantikan (kamu) dengan kaum yang lain, dan kamu tidak akan dapat memberi kemudaratan kepada-Nya sedikitpun. Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu." (Surah al-Taubah, ayat 38-39) 

Melalui ayat itu, Allah menyatakan punca hilang semangat dakwah dan jihad iaitu kerana manusia terlalu cintakan kehidupan dunia. Bahkan jika boleh, agama pun akan dijual, saudara sesama Muslim dianiaya, jatuh-menjatuhkan, aib- mengaibkan untuk mendapat apa diinginkan oleh hawa nafsu.

 

 

 

3.7   JUJUR DAN AMANAH

 

 

Jujur dab amanah lawannya ialah dusta.Allah s.w.t menciptakan langait dan bumi serta isinya dengan benar dan Allah memerintahkan manusia membina kehidupan mereka dengan sikap benar dan amanah pula.mereka tidak dibenarkan melakukan perbbuatan sesuka hati melainkan atas dasar kebenaran mengikut akidah yang betul.

 

Oleh itu manusia dituntut berpegang kepada kejujuran dengan memerhatikan prinsip kebenarana pada masalah yang dihadapi dan dilaksanakan atas dasrar hokum yang benar.

 

Dalam pembangunan masyarakat islam yang berpegang kepada akidah yang benar,harus membebteras sikap syak wasangka dan mengikis isu-isu yang menimbulkan keraguan sehingga kebenaran menjadi landasan dalam menentukan berbagai langkah dan hubungan.

 

Allah s.w.t telah menjelaskan perilaku kaum muslimin yang mengikut syak wasangka dan khurafat,yang menutup akal dan harapan mereka dimasa kini dan yang akan datang dengan kebohongan semata-mata.

Firman Allah:[11]

 

Ertinya:sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya.

 

Berdusta yang menular dikalangan masyarakat islam termasuklah seluruh bid’ah yang diciptakan (diada-adakan) yang tidak berdasarkan sumber hokum yang betul.perkara yang diada-adakan dijadikan ibadah dikalangan masyarakat kita.

 

Dalam hal ini Rasulullah telah mengingatkan umatnya tentang perbuatan bid’ah,agar lebih berwaspada.disamping itu rasullullah sentiasa memerintahkan umatnya sentiasa  berpandukan dan berpegang teguh pada kitab suci al-quran.

 

Sabda rasullulah yang bermaksud:

Akan datang akhir zaman manusia-manusia dajal(pembohong).Mereka berbicara tentang sesuatu yang kamu atau nenekmoyangmu belum pernah mendengarnay.hati-hatilah dan jauhilah mereka,jangan sampai mereka menyesatkan kamu dan memfitnah kamu.(riwayat muslim)

 

Bagi mendapat kan masyarakat yang jujur,haruslah dididik sejak dalam asuhan kanak-kanak lagi.

 

 

 

 

 

 

 

PENUTUP

 

 

 

Islam adalah agama akidah, agama ibadah, akhlak dan peraturan
serta undang-undang hidup di dalam semua aspek kehidupan sama ada dari persoalan kekeluargaan, masyarakat, ekonomi, kebudayaan, pendidikan, perhubungan, kenegaraan, ketenteraan hinggalah alam sejagat.

Jika sekiranya Islam itu dapat difahami, dihayati dan diamalkan
keseluruhannya, akan dapat dilihat bahawa penganut-penganutnya
adalah manusia yang berakidah, beribadah, berakhlak, berdisiplin, cergas, aktif dan berhubung antara satu sama lain. Dari sini lahirlah manusia yang berukhwah, berpadu, maju, aman damai, bahagia dan harmoni.

Akan tetapi pada hari ini kita lihat umat Islam dan masyarakat umum amat kusut sekali, haru-biru, huru-hara, kelamkabut, tidak berakhlak dan tidak berdisiplin. Umat Islam tidak sehaluan, tidak sependapat dan tidak satu fikiran. Masing-masing ada tujuan-tujuan yang tersendiri, tidak seia-sekata dan tidak serentak menuju satu matlamat yang menjadi cita-cita
Islam. Bersimpang-siur antara satu sama lain. Tidak di satu barisan yang tersusun rapi seperti satu bangunan yang tersusun dan indah. Mereka bercelaru, satu ke hulu, satu ke hilir. Satu ke darat, satu ke baruh. Satu ke lurah, satu ke bukit. Satu ke timur dan satu ke barat. Akhirnya accident dan berembuk sesama sendiri. Akhirnya umat Islam yang rugi.

Ada yang kaya berfoya-foya, sombong, membuang masa dan
melakukan pembaziran. Hidup sendiri-sendiri. Ada yang miskin tidak sabar. Merungut sana, merungut sini. Mengeluh di sana, mengeluh di sini. Mereka kelihatan resah gelisah.

Pemuda-pemudinya hidup tidak tentu hala dan tidak tahu
matlamat. Berkumpul membuang masa, bohsia, bohjan, melepak-lepak, sakit mata melihatnya.
Para pemerintah dan penguasa menggertak-gertak, membentak-bentak, mengugut-ugut dan menakut-nakutkan seolah-olah tenggelam punca. Tidak tahu bagaimana hendak mendidik rakyatnya.

Di dalam keluarga, masing-masing hendak lari keluar. Terutamanya
anak-anak. Mereka gelisah sahaja. Panas punggung duduk di rumah kerana di rumah tiada ketenangan dan tiada kebahagiaan.


Terjadinya yang demikian itu adalah dari sebab-sebab seperti
berikut:

1. Sesetengah umat Islam di seluruh dunia, Islamnya tinggal akidah semata-mata. Ibadah sudah tidak dibuat lagi. Apatah lagi perkara-perkara selain ibadah, lebih-lebih lagi tidak mencerminkan ajaran Islam. Hiduplah cara mana mahu hidup. Buatlah apa yang terasa. Ikutlah siapa yang hendak diikut. Kadang-kadang dia pun tidak tahu apakah dia seorang muslim atau tidak. Cuma dia dengar-dengar bahawa dia adalah keturunan umat Islam. Maka dia pun mengaku orang Islam. Apa itu Islam, dia tidak tahu. Golongan ini masih ramai.

2. Ada segolongan umat Islam, agamanya hanya setakat akidah dan ibadah sahaja. Itu pun ibadahnya tidak mengikut ilmu yang tepat dan beribadah pun tidak konsisten. Kadang-kadang buat, kadang-kadang tidak. Rasa hendak buat, dia beribadah. Rasa tidak mahu, berhenti dahulu. Atau waktu
terpaksa beribadah. Contohnya kerana ada majlis rasmi di masjid, kenalah bersembahyang. Selepas itu rehat pula. Kemudian apabila terasa hendak beribadah, buat pula. Di aspek-aspek yang lain, jangan cerita. Dia buatlah apa sahaja yang dia mahu. Ia tidak ada kena-mengena lagi dengan
Islam. Islam memang tidak ada hubung kait lagi dengan persoalan kehidupan. Golongan ini juga ramai.

3. Ada golongan pula di kalangan umat Islam, dia berakidah dan ibadahnya tetap dibuat, tidak pernah tinggal. Bagaimana pun, di sudut-sudut lain dia tidak ambil kira sangat, seperti di aspek makan, minum, pakaian, tempat tinggal dan tempat kerja. Hal-hal itu, ikut Islamkah atau tidak, dia tidak
ambil pusing sangat. Jatuh kepada haram atau halal, dia tidak ambil kira. Akhlak juga tidak dijaga. Kalaupun ada yang sesuai dengan ajaran Islam bukan pula dirancang tapi hanya secara kebetulan sahaja. Kerana yang dia jaga sangat ialah akidah dan ibadah sahaja. Yang lain tidak dijaga.
Golongan ini agak ramai.

4. Satu golongan lagi, akidahnya bagus, ibadahnya juga agak bagus. Memang dia jaga. Makan, minum, pakaian, tempat tinggal dijaga jangan sampai melanggar ajaran Islam. Begitu pun di sudut-sudut lain pula terabai. Dia tidak ambil kira sangat. Seperti tidak ambil kira tempat bekerja walaupun melanggar perintah Islam seperti pergaulan bebas lelaki dan
perempuan. Begitu juga akhlaknya tidak dijaga. Boleh sahaja mengumpat, mengata, menghina, hasad, pemarah, sombong, riyak, tamak, bakhil, memfitnah, mengadu domba dan lain-lain lagi. Golongan ini juga agak ramai.

5. Ada golongan yang akidahnya dijaga, ibadah tidak dicuaikandan akhlak boleh tahan dengan orang luar tetapi dengan anak isteri cuai. Di dalam keluarga tidak ada pendidikan formal atau tidak formal. Dengan anak isteri boleh buat lebih kurang, tidak ada perbincangan, tidak ada usrah, tidak ada
pengajian dan tidak ada mesyuarat sesama ahli keluarga.Dengan anak isteri marah-marah sahaja. Didikannya hanya setakat: kalau anak isteri buat salah, dia marah-marah. Dia anggap itulah didikan. Padahal itu adalah hukuman, bukan didikan. Suasana Islam tidak ada di dalam rumah tangga
dan hubungan renggang di antara keluarga. Padahal Islam itu selain bermula dari diri, ia juga bermula dari rumah tangga. Golongan ini juga agak ramai dan keadaan ini berlaku merata.

6. Ada golongan yang sangat menghayati Islam. Akidahnya dijaga, ibadahnya istiqamah dan bersungguh-sungguh. Halal haram di dalam semua hal sangat diambil berat. Akhlaknya dengan Tuhan atau dengan manusia sentiasa diambil berat. Kalau dia melakukan kesalahan atau tertinggal
amalan yang pernah dibuat walaupun sunat, dia sangat menyesal dan dia akan tampung dengan kebaikan. Dia akan tampung dengan sembahyang sunat, sedekah, denganmenolong orang dan lain-lain. Dengan anak isteri berjalan syariat Islam, sembahyang berjemaah bersama, ada program
membaca Al Quran, ada jadual kuliah dan perbincangan. Ibu dan ayah menjadi suri teladan, berkasih sayang sesama keluarga, bekerjasama di antara satu sama lain. Golongan ini sudah tidak ramai lagi. Mereka ini sudah dianggap orang ganjil dan pelik oleh masyarakat.

7. Golongan ini selain bersikap seperti golongan yang keenam, mereka sibuk memperjuangkan Islam. Islam itu diperjuangkan melalui ceramah-ceramah, nasihat-nasihat, tulisan-tulisan,membuat kebaikan di tengah masyarakat seperti selalu bersedekah, sering menolong orang susah dengan
berbagai-bagai cara, suka berkhidmat dengan masyarakat dan pantang mendengar orang susah, mesti ditolongnya.Dia menyedarkan masyarakat kepada Islam secara bilhalatau secara sikap, agar orang ramai faham bahawa begitulah caranya Islam itu. Golongan ini lebih-lebih lagi terlalu
sedikit. Macam antah dalam beras atau macam mencari
gagak putih.

Kalau secara rambang atau secara umum umat Islam seluruh dunia telah terbahagi kepada tujuh golongan. Itu belum kita perinci dan detailkan lagi. Bagaimanalah umat Islam hendak berkasih sayang? Bagaimanakah boleh bersatu padu? Senangkah hendak bertolong bantu? Mudahkah hendak seia-sekata? Mudahkah hendak berjuang di dalam satu barisan yang tersusun,
menuju satu haluan?

Kalau umat Islam seluruh dunia ini, sudah tidak sama dan tidak seirama dalam memahami, menghayati, mengamalkan dan memperjuangkan Islam, bolehkah umat Islam menjadi kuat dan berdaulat? Bolehkah lahir satu umat yang berakhlak dan berwibawa hingga dihormati oleh bangsa-bangsa lain di dunia?

Kalau kehidupan umat Islam sudah begitu kusut seperti yang telah kita paparkan sebelum ini, dari manakah kita hendak bermula untuk memulihkannya semula? Bermula dari duit? Bermuladari hiburan? Bermula dari politik? Bermula dari ilmu?

Berjuang memulihkan semula masyarakat Islam yang begitu haru-biru itu mesti bermula daripada iman dan ilmu. Iman dan ilmu mesti dari didikan. Dari didikan baru datang penghayatan.Dari penghayatan baru datang cinta kepada Allah, Rasul danagama-Nya, atau baru datang takut kepada Allah Taala. Dari takut itu mereka melaksanakan. Dari melaksanakan, lahirlah
bangsa yang bertaqwa. Setelah bertaqwa barulah datang bantuan dan pembelaan dari Allah Taala. Setelah Allah Taala bela, barulah datang kekuatan, kedaulatan dan seterusnya kejayaan yang
diredhai-Nya.

Begitu pun, hendak melahirkan proses itu atau metodologi untuk ditempuh hingga sampai ke matlamatnya, mesti ada figure atau pemimpin yang beriman, berilmu, bertaqwa, berakhlak mulia, yang dihormati dan disegani, disayangi dan dipatuhi.

Kalau nilai peribadi pemimpin itu sama dengan nilai peribadi rakyat umum atau lebih rendah lagi, siapakah yang boleh terima? Siapakah yang boleh hormat? Siapakah yang akansayangi? Siapakah yang akan patuhi?

Kita semua boleh memberi jawapan. Sudah tentu perjuangan umat Islam tidak sampai ke mana. Kalau hendak memperjuangkan di satu aspek sahaja seperti membangun dan maju sahaja, mungkin boleh. Bagaimana pula di aspek iman, taqwa, akhlak, ketaatan dan kasih sayang?
Cukupkah dengan maju sahaja? Orang Barat sudah maju tetapi apa telah jadi kepada masyarakat mereka? Kita semua tahu keadaannya. Tidak perlulah saya sebutkan lagi. Apakah umat Islam mahu mengejar kemajuan sahaja seperti orang Barat lakukan. Masing-masing kita jawablah sendiri.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

BIBLIOGRAFI:

 

1.AL-GHAZALI,IKHLAS DAN JUJUR,TERBITAN AL-KAUTHSAR

 

2.ABDULLAH AHMAD QADIRI,SYURA PRINSIP UTAMA PEMERINTAHAN ISLAM,TERBITAN AL-HIDAYAH

 

3.ABDULLAH BIN ABDUL MUHSIN,DASAR-DASAR AQIDAH PARA IMAM SALAF,TERBITAN QALAM,JAKARTA

 

4.ABDUL MALIK AHMAD,AQIDAH ISLAM,TERBITAN DARUL KITAB

 

 

5.ABDUL RAHMAN HAJI HABANAKAH,STARTEGI BARAT MEROSAKKAN ISLAM,TERBITAN AL-RAMADHAN

 

 

6.HAMKA,PRINSIP DAN KEBIJAKSANAAN DAKWAH  ISLA

TERBITAN PENERBITAN PUSTAKA MELAYU DAN KUALA

LUMPUR

 

7.ISMAIL ABDUL RAHMAN,ISLAM CABARAN DAN ISU SEMASA,TERBITAN DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA

 

8.ISMAIL R.AL-FARUQI,ISLAM DAN PEMBANGUNAN,TERBITAN DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA

 

9.MUHAMMAD ABDULLAH AL-KHATIB,MASYARAKAT ISLAM ,

TERBITAN PUSTAKA HAMDUNA

 

10.MUHAMMAD IBRAHIM SYAQRAH,LANGKAH MEMAJUKAN ISLAM,TERBITAN ALKAUTHSAR

 

11.RAMLI AWANG,AQIDAH PENGHAYATAN TAUHID ALQURAN,TERBITAN UTM

 

12.SALAHUDDIN SANUSI,INTEGRASI UMAT ISLAM,PENERBIT IQAMATTUDIN,BANDUNG

 

13,SAIMAN MARJUKI,AHMAD RAFAI AYUDDIN,PERSOALAN UMAT ISLAM MASA KINI,TERBITAN AL-RAMADHANI

 


[1] Risalah at Ta’lim

[2] Dr umar Al Asyqar: alAqidah fillah

[3] Alquran Surah  Al-Hujurat: 15

[4] Alquran surah Al- Isra: 70

[5] Alquran surah Al- hujurat:13

[6] Alquran ,surah-Almaidah :38

[7] Ghafani bin Awang Teh; Pengarah Pembangunan Keluarga, Sosial dan Masjid, JAKIM

 (Berita Harian, 22 Mac 2008)

 

[8] Alquran surah Almaidah:49

[9]Alquran   (Al Anfaal ayat 63)

[10] Alquran: surah an- nisa’:1

[11] Alquran:surah al- nisa:58

★ OLDER POST | NEWER POST

oo