!-- THIS SKIN PROTECTED BY WAWA ! --!>
Hello ! you're strumble upon ilhamku . Please mind your manners . Thanks
//naryz ilhamku// ♥
ilhamku
kemelut emosi dan tingkah laku pelajar asrama mengimbangi kehidupan dirumah dan diasrama
Tuesday, March 3, 2009 | 0 narnians



TAJUK: TINGKAHLAKU ANAK MENGIMBANGI KEHIDUPAN DIRUMAH DAN DIASRAMA

1.0           Pendahuluan

1.1 MENGHARUNGI kehidupan di asrama bukan sesuatu yang mudah bagi sesetengah pelajar terutama mereka yang tidak

pernah berjauhan dengan keluarga.

 

Disiplin dan peraturan ketat menyebabkan sesetengahnya mengambil keputusan untuk kembali ke pangkuan keluarga

dan mengikuti pelajaran di sekolah harian biasa.

 

Bagi ibu bapa pula, mereka berusaha memberikan yang terbaik untuk anak masing-masing, baik dari segi kemudahan

pembelajaran mahupun sekolah.

 

Pilihan mengikuti persekolahan di sekolah berasrama atau sekolah harian yang menjanjikan kehidupan selesa di rumah

perlu dibuat secara bijak bagi memastikan kecemerlangan anak dapat dicapai

 

Menghantar anak keasrama adalah satu usaha para ibu bapa,bagi memastikan proses perkembangan anak mereka menjadi lebih mantap.ibu bapa mahukan anak yang pandai berdikari disamping pembelajaran yang lebih teratur.apabila anak pulang kerumah,tingkah laku anak sering menjadi perhatian dikalangan ibu bapa dirumah.ibu bapa sering memerhatikan baik buruk  tingkahlaku anak mereka .saya melihat masalah tersebut sebagai satu yang subjektif dan yang menarik minat para ibu bapa menyelami dan masuk kealam seorang yang bergelar anak .

 

2.0 Kajian lampau

 

2.1 Menurut kajian sahsiah pelajar sekolah menengah agama kluang johor diketuai oleh ustaz ismail mustari dari universiti teknologi Malaysia,mendapati :

 

1.pelajar asrama menghadapi masalah kegiatan sosial dan hiburan sebanyak 60.45%.

2.masalah perhubungan peribadi dan psikologi emosi 53.3%

3.masalah perhubungan social psikologi 53.22%

 

Dari kajian berbentuk kuantitatif ini sedikit sebanyak menunjukan terdapat kecelaruan emosi dan tingkah laku dikalangan pelajar berasrama.

 

Kajian oleh mohd fairul azhar bin mohd noor,Universiti Teknologi Malaysia, dalam tajuk kajiannya “kesan tinggal diasrama sekolah menengah teknik batu pahat dalam mempengaruhi disiplin pelajar.” Kajian  secara kuantitatif ,menunujukan bahawa pelajar berasrama menunjukan julat skor min bagi tingkah laku adab pelajar ialah 53.7% pelajar membasuh bajunya sendiri,44.4% mengemas katil selepas bangun dari tidur ,44.4% memberikan senyuman dan mengucapkan selamat kepada rakan setiap kali berselisih bahu atau berselisih jalan.,21.3% mematuhi peraturan asrama yang ditetapkan .kesimpulanya menunjukan bahawa tinkah laku pelajar yang tinggal diasrama berada ditahap tinggi.

 

Dari sudut pengurusan masa dari kajian kuantitatif yang dijalankan oleh Mohd Fizrul bin Mohd Noor,24.1% pelajar asrama bangun pada waktu yang ditetapkan.31.5% mahu sampai kesekolah pada masa ditetapkan,22.2% mematuhi jadual harian yang ditetapkan oleh pihak sekolah.kesimpulannya pengurusan masa pelajar asrama pada tahap sederhana.

 

Dari sudut kedisiplinan pelajar,seramai 0.9% menyimpan dan menghisap rokok dikawasan asrama.0.0% keluar dari kawasan sekolah tanpa pengetahuan guru.0.0 % mengajak kawan melanggar disiplin.0.9 % mengambil dan menggunakan barang kawan.

Kesimpulannya masalah disiplin yang dilakukan oleh pelajar ditahap rendah.

 

 

3.0  Metodologi

 

3.1 Kajian ini melibatkan kaedah kualitatif (temubual dan pemerhatian)

 

Dari temubual dijadikan asas penyelidikan.dan pemerhatian dijadikan  pelengkap data utama.

Subjek kajian melibatkan pelajar perempuan berusia lingkungan 13 tahun.bersekolah disekolah menengah agama kluang Johor.Segala pengukuran terhadap objektif kajian adalah berdasarkan maklumbalas responden terhadap beberapa soalan yang diutarakan dan pemerhatian selama 2 minggu.

 

metodologi yang digunakan:

 

3.2           Pemerhatian

 

Pemerhatian terhadap responden ,merupakan remaja perempuan berumur 13 tahun.Responden telah dua bulan berada di asrama.Pemerhatian terhadap responden telah dilakukan di rumah selama dua minggu.Responden diperhatikan secara tidak langsung,tanpa pengetahuan responden itu sendiri, kelakuan dan tingkahlakunya telah dicatat,dari masa ke semasa.

 

3.3           Temubual

 

Setelah dibuat pemerhatian , responden telah ditemubual serta sempat dirakam,perbualan tersebut. Responden menjawab beberapa pertanyaan penyelidik.

 

 

 

4.0           Analisis data

 

 

4.1           sukar menyesuaikan diri mereka dengan situasi dirumah

 

Responden didapati  sukar menyesuaikan diri dalam masa yang singkat.Perasaannya begitu mudah teguris dan kecewa .

Dari hasil pemerhatian responden menangis apabila mendengar kata-kata tidak sepatutnya dikeluarkan dari adik-beradiknya yang lain .Responden juga merasakan adik beradiknya yang tinggal dirumah tidak melayannya dengan baik seperti mana yang ia harapkan.Responden adakalanya menjauhkan diri dari ahli keluarganya.Responden juga berasa terasing dan ibubapa seolah-olah memilih kasih.

 

4.2 kurang keakraban dan kemesraan

 

Resaponden dilihat kekok untuk bergurau senda dengan ahli keluarganya.

Responden turut merasa ada penghalang antara dirinya dan keluarganya, walhal sebelum ia masuk ke asrama ia begitu rapat dan mesra dengan keluarganya.Responden kelihatan lebih pendiam dan menyimpan perasaannya dan ingin mendapatkan lebih perhatian.Responden juga tersinggung sekiranya Ibubapa nya  tidak menanyakan perkembangan responden sepanjang satu bulan di asrama.

 

 

4.2           Berusaha  menunjukkan perasaan kasih sayangnya yang terlalu dalam kepada ahli keluarganya.

 

Responden sentiasa ingin  menunjukkan kasih sayangnya kepada ahli keluarga  contohnya dengan memberikan cenderahati.ia sentiasa menjaga tutur katanya agar ia tidak menyinggung perasaan ahli keluarganya yang lain. Walaupun ia sukar melakukan hal sedemikian.responden cuba berjuang  melawan tekanan menghadapi jurang   situasi yang berbeza  dengan bermain bersama dan berbual mesra walaupun tidak seakrab sebelum ia masuk ke asrama.

 

 

 

4.3           Bijak menguruskan masanya.

 

 

Responden dilihat  dapat menyelesaikan tugasnya dengan baik.ia tidak banyak menghabiskan masanya dengan menonton televisyen dan bermain. responden yang biasa diasrama juga apabila pulang ia akan membawa sama rutin     kehidupannya diasrama.ia akan melakukan solat mengikut waktu dan banyak membaca alquran.Responden diperhatikan pandai membahagikan masa bermain dan mengulangkaji.Selain itu, responden akan berasa masa yang terbuang akan menjadi sia-sia jika tidak melakukan apa-apa aktiviti yang berfaedah.

  

4.4           Lebih berdikari

Responden lebih nampak berdikari dan menguruskan keperluan diri sendiri tanpa bantuan ibu bapa dari sebelumnya.contohnya ia dapat menguruskan pakaiannya,buku dan pelbagai keperluan lain dengan teratur.ia juga bersikap tidak mahu menyusahkan ibu bapanya.

 

4.5           Menguruskan kewangan dengan baik


Responden juga dapat menguruskan kewangannya dengan baik.didapati ia mengamalkan sikap berjimat cermat dan berasa wang itu amat berguna untuk keperluan yang lebih penting dan mula penghargai penat jerih ibubapa mencari duit untuk keperluan keluarga.

 

4.6           Taat kepada ibu bapa

Responden juga memperlihatkan perilaku yang baik dan sopan kepada ibu bapanya berbanding sebelumnya.ia kurang membantah dan lebih banyak menunjukan sikap bertolak ansur serta lebih menurut apa yang ditutur ibubapa,ini kerana responden jarang berjumpa dengan ibubapa dan di asrama sendiri mereka telah dididik dengan adab sopan melalui program orientasi.Ditanya tentang orientasi ,sewaktu program orientasi dijalankan ,responden  didedahkan dengan pelbagai cabaran dan juga tekanan yang bertujuan untuk membina mental yang cergas.Selain itu, pabila diasrama,ia dikelilingi dengan kakak-kakak serta pelajar-pelajar junior.Katanya diasrama,jika mereka  tidak mengikut arahan kakak-kakak senior,mulalah mereka  menerima habuan seperti dipulaukan. 

 

5.0           kesimpulan:

Mengapa anak sekolah berasrama menunjukan sikap sedemikian?

 

5.1 Anak yang baru pulang dari asrama menunjukkan emosi negativ  kerana ia terlalu merindui ahli keluarga nya.maka ia mengharapkan ahli keluarganya dapat menunjukan perasaan rindu  sepertinya.

cadangan

Bagi mengelakkan situasi sedemikian digalakan ibu bapa lebih mengambil berat perkembangan anak-anak yang dihantar keasrama.Situasi sedemikian sekiranya dipandang remeh oleh para ibu bapa , ianya memberi punca berlakunya gejala negative dikalanganremaja,contohnya menghisap dadah dan buli, berikutan remaja tersebut ingin cuba mengurangkan tekanan.

 

5.2 Terpaksa berenggang dengan keluarga merupakan                    dugaan yang besar,terutama bagi anak yang baru menduduki asrama.Akhirnya  responden terasa perhubungannya renggang dengan keluarganya .

 

Banyak masa dihabiskan diasrama berbanding dirumah dan   berasa kawan-kawan lebih memahami daripada ibubapa sendiri.

Tetapi kadangkala apa yang dilakukan untuk menarik perhatian itu tidak mendapat penghargaan mungkin kerana anak berasrama ini kekok dan tidak pandai melakukan kerja.Situasi ini juga mungkin disebabkan masa cuti yang ada hanya untuk beberapa jam sahaja.kesannya anak akan rasa tersisih dan kurang pandai menyesuaikan dirinya dengan keluarga akhirnya masyarakat.

 

Cadangan

 

Ibu bapa dinasihatkan agar menjenguk anak diasrama ,bagi mengambil tahu perkembangannya dan menunjukan keprihatinan ibu bapa itu sendiri terhadap anak yang dihantar diasrama.dengan cara ini anak akan merasa lebih disayangi oleh ibu bapa.

 

 

 

5.3           kehidupan diasrama sedikit sebanyak mewujudkan jurang komunikasi yang akhirnya memberikan rasa kesepian kepada anak.Menurut Abdullah Sani yahya (2005) kajian mahasiswa akademik pengajian agama islam Universiti Malaya ,situasi ini menimbulkan  rasa tidak puashati yang akhirnya menimbulkan tekanan psikologi ,kesihatan fizikal malah kematian jika tidak dapat berkomunikasi dengan betul.

Cadangan 

Menurut Mohd Fizrul bin Mohd Noor,dicadangkan supaya satu jawatankuasa dibentuk yang terdiri daripada pihak sekolahdan beberapa pelajar yang dipilih ditugaskan khususnya untuk mendengar masalah atau aduan pelajar.

 

                  

 

5.4   Namun begitu banyak Nilai-nilai positiv yang ditunjukan oleh anak ketika pulang dari asrama juga sedikit sebanyak hasil dari pengaruh kehidupannya di asrama.Diasrama ia terpaksa berusaha sendiri menguruskan keperluannya .maka penyemaian sikap itu terbawa-bawa ketika pulang kerumah.

Menurut Abdullah Sani,seorang pengkaji dari Universiti Malaya,pihak sekolah dapat mengawal disiplin pelajar dengan memastikan semua pelajar mematuhi masa, dengan kerja berfaedah.Oleh itu pelajar terpaksa melakukan aktiviti dalam masa yang ditetapkan kerana takut dihukum oleh guru.

5.4           Pemantapan rohani diasrama menjadikan anak lebih   patuh kepada perintah Allah dan kepada kedua ibubapanya. Asrama sekolah juga menyediakan kemudahan asas tempat beribadat ,lebih tepat lagi masjid dan surau.institusi ini berperanan mendidik pelajar melalui pelbagai aktiviti keagamaan ,seperti tazkirah,usrah,qiamulail dan sebagainya.Menurut pesatuan Mahasiswa Pengajian agama Islam,punca gejala sosial dikalangan remaja muslim adalah kurangnya didikan agama.Namun dalam keghairahan ibu bapa menghantar anak keasrama mereka tidak menyedari bahawa tinggal diasrama juga boleh menyumbangkan kepada masalah disiplin.Contohnya kes buli dikalangan pelajar,adalah kesan perbezaan personaliti dan sosioekonomi didalam satu asrama. 

Cadangan

Diharapkan ibubapa dirumah dapat meneruskan aktiviti keagamaan apabila anak balik kerumah.dengan ini penyerapan kerohanian adalah lebih mendatangkan kesan yang mantap dan mendalam.

 

6.0 hasil dari kajian didapati berlaku kecelaruan emosi dan tingkahlaku anak berasrama dalam menyesuaikan dirinya  ketika pulang kerumah.saya berharap ibu bapa dapat membantu anak menghadapi situasi ini agar tidak mengganggu kehidupan anak dewasa kelak.

 

★ OLDER POST | NEWER POST

oo